Sunday, December 19, 2010

Muslimah Syurga

Siapa hamba Allah yang tidak ingin untuk memasuki syurga Allah?.Jika bertanya kepada sekumpulan penjenayah mahupun penjahat,pasti jawapan mereka ialah mereka mahu memasuki syurga.Cuma usaha mereka ke arah itu tiada.Syurga memang cita-cita kita semua untuk merasai nikmatnya.Tidak termampu akal manusia dalam memikirkan betapa nikmatnya syurga yang diberikan Allah kepada hamba-hambanya yang soleh yang Allah telah janjikan.Tua,muda,lelaki mahupun perempuan sudah pasti mengidamkan syurga untuk mereka ditempatkan di akhirat kelak.Saya pernah menitiskan air mata ketika mengingati adakah saya ini layak untuk memasuki syurga.Persoalan ini sering bermain di fikiran saya.Menitis air mata saya.Alhamdulillah hati saya masih segar untuk memikirkan tentang taubat nasuha.Anda bila lagi?.


Saya melihat suasana kini sungguh merisaukan.Keadaan dunia dihiasi yang tidak sepatutnya.Pergaulan bebas,pendedahan aurat,hiduran tanpa had sehingga melanggar hukum Allah terus menghiasi dunia.Nabi pernah berpesan "“Tidaklah aku meninggalkan fitnah setelahku yang lebih berbahaya bagi kaum lelaki melainkan kaum wanita” (Muttafaqun ‘alaih)..


Buka mata wahai wanita.Cukup besar peringatan dan pesanan nabi itu buat saya dan kaum Adam diluar sana.Saya saksikan terlalu ramai wanita islam kini hancur di arus zaman.Kononnya mereka moden dan mengikut trend masa kini.Ke mana perginya Al-Quran dan Sunnah?.Trend itu Al-quran kah?.Boleh diubah-diubah mengikut kehendak atau mereka ini leka dan lupa dengan Allah Aza wajalla.Saya menangis memikirkan rakusnya dunia memakan wanita.Berpakaian ketat,tidak bertudung tetapi bercita-cita inginkan syurga.Beginilah umat akhir zaman yang semakin hari semakin dekat dengan kiamat.


Muslimah yang dirindui Allah.Takutlah pada Allah.Hormat pada yang esa.
Firman Allah "sembunyikanlah perhiasan kamu kecuali yang zahir" surah An-Nur :31.
Auratmu wahai muslimah adalah keseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan.Turutilah perintah Allah ini dan kamu akan peroleh syurga.Inilah kehormatan buat wanita.Seperti pokok kaktus,tidak boleh dipegang kerana berduri tetapi nampak cantik jika dipandang.Mahalnya dirimu wahai wanita.Kehormatan muslimah adalah aurat.Terdedahnya aurat maka semakin berkurangnya kehormatan.


Muslimah itulah permata yang sukar dicari walau cahaya menyinari.Anda amat berharga buat agama namun jika tidak dipelihara anda akan menjad fitnah kepada dunia.Saya akui wanita cukup bertuah kerana Allah menjanjikan syurga dengan hanya bersandar 4 perkara.Sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)


Sekarang apa yang anda rasa.Mesti rasa seronok dan gembira mendengar khabar berita dari Allah ini.Inilah janji Allah dan Allah tidak pernah memungkiri janji.Cuba hati yang telah menjadi batu sahaja yang tidak merasakan berita dari Allah ini bermakna buat mereka.Solat,berpuasa,menjaga kehormatan dan taat pada suami itulah syarat-syarat penghuni wanita syurga.Saya melihat muslimah sekarang sudah bersolat,berpuasa tetapi yang utama iaitu menjaga kehormatan amatlah jarang saya dapat melihatnya.Memang ada tetapi segelintir.Takut-takut lama kelamaan tiada langsung.Menjaga kehormatan itulah menjaga aurat,tingkah laku,adab dan segalanya berkaitan Akhlak.Pernah suatu riwayat mengisahkan Nabi Muhammad pernah berpesan kepada Aisyah isteri baginda supaya aisyah menutup mulut nya ketika berbicara dengan lelaki,ini agar bicara nya akan terhindar dari maksiat.Cuba kita perhatikan,nabi berpesan sedemikian kepada isteri adalah kerana baginda mahukan agar pabila berbicara dengan yang bukan mahram,suara perempuan perlu dijaga.Bukan suara untuk bermanja-manja tetapi suara yang menghindarkan lelaki dari tergoda.


Sebahagian dari muslimah pasti sudah mengetahui bahawa anda harus menundukkan sebahagian dari pandangan anda ketika berbicara dengan bukan mahram.Mata itulah senjata buat wanita.Senjata kadangkala berguna tetapi kadangkala membawa bencana.



Ketahui lah anda adalah tamsilan kepada keindahan, namun begitu anda jua adalah tamsilan kepada kerosakan & kemusnahan.
Tuhan menjadikan wanita untuk menghiasi bumi ini. Tanpa wanita dunia ini terasa sempit & tidak seronok untuk didiami. kaum lelaki akan berasa rimas sebagaimana Nabi Adam A.S. pernah dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi kenikmatan di syurga. Lalu baginda memohon kepada tuhan agar dijadikan seorang teman agar boleh dia berbicara, bergurau senda & membina sahsiahnya. makan terciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk kiri Nabi Adam A. S. & segala kenikmatan syurga disekeliling terasa wujud...

Tanpa Permaisuri siapakah lelaki yang digelar raja , 
Tanpa isteri siapalah lelaki yang digelar suami 
Tanpa wanita siapakah lelaki yang mahu digelar pemimpin. 

Tanpa perempuan siapakah lelaki yang digelar ayah...
Seorang wanita terutama yang bergelar isteri cukup mudah untuk memasuki syurga tetapi seorang wanita juga amat mudah dilemparkan ke neraka . segalanya bergantung kepada agamanya..
Lihatlah Peranan Wanita-Wanita Ini..


Tanpa Siti Khadijah , barangkali Rasulullah S.A.W. tidak mendapat 'dorongan' yang amat diperlukan untuk terus bangkit , berpegang teguh kepada keyakinannya & menyebarkan Islam sebagaiman semestinya. 
Tanpa Aishah , barangkali banyak hadis Rasulullah S.A.W. tidak sampai kepada umat islam seluruhnya. 
Tanpa Fatimah Az-Zahrah, barangkali Sayidina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasulallah S.A.W. yang amat disayangi. 
Tanpa Asiah, barangkali Nabi Musa A.S. tidak terbela hingga menjadi penentang kepada suaminya yang amat kufur & mengaku tuhan itu. 
Tanpa Masitah , barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut didepan matanya. 
Tanpa wanita , siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya dari perut wanita...
Lihatlah Pula Peranan Wanita-Wanita Ini..

Seorang wanita yang menjadi isteri kepada Nabi Nuh A.S. telah bertukar menjadi seorang penentang kepada kebenaran, 
Seorang wanita di zaman permulaan Islam sanggup melapah dada Sayidina Hamzah & menguyah hatinya, 
Seorang wanita tergamak meletakkan najis unta ke kepala Rasulullah S.A.W. Serta dalam sejarah manusia sejagat ramai wnaita menjadi pendorong kepada kemaksiatan, kekufuran, kehancuran & kemusnahan ..

Saya juga adalah dikalangan kaum Adam.Teman saya pasti seorang wanita muslimah dan selari dengan itulah muslimah perlu dipelihara agar muslimah menjadi permata buat agama.Tarik nafas.Muhasabah dan tarbiyah diri.Andai rindu,kasih dan cinta mu letaknya pada Allah.Tentu kamu semua berjaya insyaAllah.Massalamah.






1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...