Wednesday, December 22, 2010

Masih Muda

Tahun 2011 makin menyapa kita.Bermakna semakin lama semakin meningkatnya usia kita.Dari yang umur 17 tahun telah pun berusia 18 tahun yang merupakan permulaan ke arah mencari penghidupan sendiri di luar.Belajar di IPT,berada jauh dari Ibubapa menjadi lumrah bagi yang menuntut ilmu di perantauan.Begitu juga ada yang menjadikan tahun baru ini sebagai tahun bermulanya kehidupan bersuami isteri.Hakikatnya semakin terkedepan usia kita semakin berat tanggungjawab yang harus dipikul.

Bertanya kepada seorang sahabat "Ahmad,umur kau dah 20 tahun"

Ahmad menjawab "Baru 20 tahun,muda lagi la bro"

Perkataan "aku masih muda" memang biasa di kalangan remaja zaman kini.Terutama remaja yang terbiasa dengan kehidupan yang serba kesenangan.Mereka lupa.Hari semalam telah berlalu.Hari ini adalah hari yang baru.Namun pastikah kita hari esok akan menjelma buat kita?..Muda itu memanglah muda dari kaca mata seorang manusia.Cuba perhatikan kembali.Kita sering merasakan hidup kita masih di awal usia.Saya juga turut terfikir bahawa kita ini masih ada masa yang lama tetapi hendakkah kita persiakan masa sekarang?.

Usia manusia terbahagi pada empat "bayi,kanak-kanak,remaja dan tua".Ketika bayi kita ditatang bagai minyak yang penuh oleh ibu bapa kita,pabila meningkat kanak-kanak kita di ajarkan dengan sifat-sifat kanak-kanak seiring dengan syariat.Seterusnya kita mula meningkat remaja,mencari halatujuan di luar.Bijak membuat keputusan untuk menentukan masa hadapan.Tahap terakhir kita singgah pada usia tua yang terlalu singkat untuk terus kita menjelajah ke alam barzakh.

Usia remaja "18 - 40 tahun".Dalam jangka masa 22 tahun itu,tenaga kita masih kuat.Gunakanlah untuk kebaikan.Tetapi ada diantara kita menjadikan tempoh masa ini untuk "enjoy menikmati dunia".Bukanlah menyalahkan mereka cuma jangan sampai "enjoy menikmati dunia" tak sempat pula hendak "enjoy menikmati syurga".Itulah kesalahan kita.

Menjegah 40 tahun,badan mula sakit dan lemah.Mampukah kita mencari amal yang banyak dalam usia tua kita?.Sedangkan ada riwayat mengatakan Nabi Muhammad meninggal pada usia 60.Itu nabi,nabi penuh dengan pahala dan maksum dari dosa.Siapa kita untuk di bandingkan dengan nabi?.Kita ini telah lari dari dosa,lantaran itulah dalam sesingkat usia ini perlu digunakan sebaiknya.20 tahun tidaklah muda.Hanya yang mengetahui bila dia akan mati sahaja yang boleh mengatakan mereka muda atau tidak.

Perhatikan.Seseorang yang tahu dia akan mati pada esok hari,pasti dia akan merasakan hari ini adalah hari tua dia kerana dia semakin hampir di penghujung usia.Dan bagi yang mengetahui mereka akan mati dalam tempoh contohnya 20 tahun lagi,tentulah hari ini merupakan usia yang muda buatnya.Itulah beza diantara dua golongan tersebut.Siapa yang ingin kita contohi?.

Ramai yang merasakan mereka akan mati dalam tempoh masa yang lama daripada sekarang.Sungguh menyedih!..Lupanya mereka yang nyawa ini adalah pinjaman.Pinjaman diberi oleh Allah secara percuma tanpa sebarang bayaran.Cuma setelah tibanya hari Allah meminta kembali barang yang dipinjamkan ini,adakah kita berkeras hati untuk memulangkan semula?.Manusia sombong dengan pinjaman yang diberikan ini.Sedangkan mula-mula Allah memberikan pinjaman nyawa pada kita,kita telah berjanji yang kita akan sujud padanya.Selepas itu,kita kian alpa setelah diberikan pinjaman nyawa.Kita pergunakan nyawa untuk melakukan maksiat.Manusia memang sombong dan pembohong.

Begitu juga dengan peminjam hutang di Bank.Mula-mula kita meminta pinjaman,kita telah menanda tangan pada surat perjanjian mengikut perjanjian dan syarat-syarat yang ditetap dan tiba masanya kita akan melunaskan semua hutang kita.Namun,kita tetap melanggar perjanjian itu.

Allah itu maha pemurah.Manusia pula sanggup menipu Allah dengan janji-janji asal kita yang cukup indah.Bayangkanlah jika Allah itu bersifat kedekut pada awalnya,tentu dia tidak akan percaya dengan kata-kata manusia yang memang pembohong.Sudah pasti Allah tidak akan mudah untuk meminjamkan kita nyawa.Tetapi Allah itu maha pemurah,Allah maha pengasih.Dia tidak bakhil malah terus meminjamkan nyawa ini walaupun kita seharian menipu Allah.Sulunglah hati saudara dan saudari semua.Betapa hina nya kita ini.Tidak pernah bersyukur dengan kehidupan.Begitu asyik dengan usia yang disangkanya muda sedangkan berkemungkinan keesokan harinya Allah akan mengambil nyawa kita."Masih muda"?.Tidak,anda semakin tua sebenarnya.Itu realiti,Usah menipu diri Anda.Hari ini anda merasakan muda tetapi esok adalah hari terakhir anda.Gunakan masa muda anda ini untuk sujud kepada nya.Tarik nafas,Muhasabah diri dan tabiyah diri.Anda wajib rindu,kasih dan cinta pada Allah.InsyaAllah anda akan ditarbiyah oleh cinta yang datang dari Allah.Wallahualam..

Surah Al-Hujurrat ayat 15 -Firman Allah "Sesungguhnya orang-orang mukmin yang sebenar adalah mereka yang beriman kepada Allah dan Rasulnya,Kemudian mereka tidak ragu-ragu,mereka berjihad dengan harta dan jiwa dijalan Allah.Mereka itulah orang-orang yang benar.

Kehidupan kita adalah lautan untuk diselami..
Dasarnya ialah kita akan temui cinta Illahi..
Adaptasikan cinta kita pada Illahi..
Ketika usia kita muda Ini..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...