Latar Belakang Penulis

20 tahun bernafas,di sini terasa ingin berkongsi tentang latar belakang diri saya kepada pembaca semua.Bermulanya kehidupan setelah saya dilahirkan di Hospital Besar Ipoh dalam keadaan "tidak cukup bulan".Mengikut cerita yang disampaikan oleh kedua ibu bapa saya,saya sepatutnya dilahirkan pada bulan 7 tahun 1991.Namun perancangan Allah itu lebih bijak,saya telah pun dilahirkan awal dua bulan dari tarikh asal iaitu pada bulan 5.Merupakan anak sulung dari 3 adik beradik yang terdiri daripada seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki.

Sebelum saya ingin bercerita secara lanjut tentang keluarga saya,adalah baik terlebih dahulu saya ingin menceritakan bagaimana nama "Muhammad Shazni" diberikan kepada saya.Ibu saya berkata bahawa saya ketika masih berada dalam kandungan,saya begitu aktif dan tidak henti-henti menendang perut ibu saya.Disebabkan itu ibu saya membuat kesimpulan bahawa saya merupakan anak yang begitu cergas dan cerdas kerna saya tidak henti-henti bergerak-gerak semasa dalam kandungan.Maka hadirlah perkataan "shazni" yang bermaksud "cergas dan cerdas" dan "Muhammad" bermaksud "terpuji" yang menunjukkan betapa "terpujinya kecergasan dan kecerdasan" saya ketika di dalam kandungan.Sehingga kini nama ini begitu bermakna dalam kehidupan saya.Manakan tidak,nama ini diberikan oleh ibu kesayangan saya dengan mendapat persetujuan dari bapa tercinta.Inilah kisah kehidupan saya diawal kelahiran saya di muka bumi ini.

Ketika kecil,saya tinggal di Teluk Intan,Perak.Di sini bermula pendidikan awal dalam kehidupan saya sebagai hamba Allah.Saya memulakan kehidupan sebagai kanak-kanak ketika berusia 5 tahun di Sekolah Agama Hutan Melintang dan seterusnya ketika berusia 6 tahun saya dipindahkan ke Tadika Kemas Sungai Ranggam iaitu hampir dengan tempat ibu saya bekerja.Saya seorang budak yang ligat dan "tidak boleh duduk diam".Sejak dari kecil,hobi saya ialah menangkap belalang.Bahkan sudah menjadi kewajipan setiap kali saya pergi ke tadika,saya akan banyak membuang masa di padang tadika untuk menangkap belalang.

Kelansungan pendidikan awal saya tidak terhenti di situ sahaja.Ketika saya berusia 7 tahun,saya telah berpindah ke Bota ,Perak .Saya telah ditempatkan di Sekolah kebangsaan Titi Gantung dari Tahun 1 hingga Tahun 2 dan saya menyambung pelajaran saya di Sekolah Kebangsaan Lambor Kiri dari Tahun 3 sehingga Tahun 6.Sekolah ini adalah sekolah dimana ibu saya mengajar setelah kami berpindah ke Bota.Memang seronok bersekolah dengan ibu tetapi selalu juga kena marah kerana sikap degil saya ini.Itulah lumrah kehidupan ketika masih kanak-kanak.Semua itu mengajar saya untuk menjadi matang ketika mula menjejaki ke alam remaja.

Kesinambungan pelajaran saya membawa saya ke alam remaja yang penuh cabaran.Manakan tidak,ketika alam inilah saya belajar perkara-perkara baru dalam kehidupan.Saya melanjutkan pelajaran saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Lambor Kiri yang hanya dijarakan 5 kilometer dari Sekolah Rendah saya.Dan disekolah menengah inilah ayah saya mengajar sebagai guru ekonomi dan merupakan guru kanan kokurikulum sehingga kini.Ketika pertama kali menjejak kaki kesekolah menengah pastinya menambah kerisauan buat saya.Lonjakan dari alam kanak-kanak kepada alam remaja,suatu yang amat berbeza.InsyaAllah,di masa akan datang saya akan menceritakan lebih lanjut lagi tentang latar belakang kehidupan saya ini..Assalamualaikum..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...