Wednesday, October 12, 2011

Dunia ohh .. Dunia ..

Dalam gelagat dunia berbicara , manusia tidak sesekali memahami apa yang dibicarakan dunia . Tatkala inilah manusia sewajibnya kembali kepada AL-Quran dan As-Sunnah . Semua ini adalah atas dasar manusia itu semakin buta dengan tindakan mereka , angkuh , rakus , tamak haloba sedangkan dunia semakin hari semakin berbicara kepada manusia yang betapa "uzur" nya bumi ini . 


Kefahaman manusia memang terhad . Manusia telah dikurniakan Allah dengan ilham , idea , kepandaian yang melangkaui batas makhluk lain di dunia ini.Beza nya ialah bagaimana kepadaian itu digunakan dalam memahami setiap gerak geri dunia , tingkah laku dan setiap bicara dunia yang tanpa henti terus menyampaikan mesej berguna kepada manusia.


Tanpa sebatang pen , sekeping kertas , atau setitis dakwat , dunia kini mulai mencapai suatu tahap yang ingin memberitahu manusia bahawa kiamat semakin dekat.Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui , dalam dunia kita akan mendengar mesej Allah yang disampaikan oleh dunia.Pertama , mesej datangnya dari ayat-ayat Al-Quran yang telah diwahyukan oleh Allah sejak zaman berzaman lagi. Seterusnya yang kedua ialah dengan terjadinya berbagai peristiwa bencana alam yang dasyat , cuaca tidak menentu dan peristiwa yang ganjil sehingga segalanya sukar dimengerti oleh manusia.


Maka diwaktu inilah manusia harus kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Dalam erti kata lain , manusia sewajibnya kembali bersujud dan menjadi hamba Allah yang sebenar. Seharian kita lihat manusia semakin lupa , bukan sedikit malahan boleh dikatakan maksiat berlaku dimana-mana.Berlakunya maksiat di persekitaran hidup kita juga adalah mesej dari Allah yang disampaikan oleh dunia kepada umat manusia. Diantara kita sedar atau tidak , segalanya terletak kepada kefahaman kita tentang kehendak Allah.


Dalam Hadis Riwayat Muslim , Rasulullah SAW bersabda "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat sebelum kamu , sejengkal demi sejengkal , sehasta demi sehasta , sehingga jikalau mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun kamu tetap akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya " Ya Rasulullah , adakah yahudi atau nasrani yang kau maksudkan ? ", Nabi menjawab " Siapa lagi kalau bukan mereka "..


Cemas ? .. Berasa gementar ? .. Sudah terbukti kini , setiap gaya hidup masyarakat yahudi dan nasrani telah pun kita ikuti sedikit demi sedikit sehingga cara hidup islam telah hilang dalam diri kita . Semua adalah atas kejahilan kita dalam memahami mesej dunia , mesej Allah . Rasulullah telah pun memberitahu dalam hadis-hadis nya tentang semua tanda-tanda dan mesej yang akan muncul menjelang tibanya pengakhiran umur dunia.


Wahai sahabat , saudara-saudaraku . Kita semua banyak khilafnya , andai terasa berdosa dan semakin jauh dengan Allah cubalah untuk kembali dekat dengan nya . Dalam zaman sebegini , kita bermuhasabah lah dengan setiap apa yang berlaku. InsyaAllah berkah Allah terletak di mana-mana . Wallahualam.


~ Penulis juga bukanlah seorang yang dijamin masuk syurga atau terlepas dari dosa , kita semua adalah sama , tidak terlepas dari dosa , kadangkala kita alpa , lupa dan semakin hanyut dengan keseronokan dunia .. Penulis tidak menafikan semua itu , semoga kita sama-sama kembali kepada jalan Allah ~ Akhi Muhammad Shazni ~


Suatu hari nanti , duniakan musnah .. Maka mana tempat untuk kita tinggal ? .. Syurga atau neraka ? .. Itulah persoalannya ..

Tuesday, October 11, 2011

Maafkanlah kesilapan orang lain

Hidup dalam kesilapan adalah lumrah sebagai manusia.Lumrah itu terjadi atas suatu kelalaian , atau sikap manusia yang melakukan suatu pekerjaan itu tanpa tujuan , tunjuk ajar , panduan mahupun matlamat yang hakiki. Kadangkala kita akan sering menyakiti hati manusia , menyentuh hati-hati insan di sekeliling kita tanpa sengaja mahupun dengan sengajanya .

Maka alasan inilah yang membawa kepada suatu perbincangan tentang keburukan orang lain , tentang rasa sakitnya hati ini terhadap orang yang melakukan kesalahan itu walhal kita perlu sedar kesilapan itu bukan sahaja dilakukan oleh pesalah itu sahaja tetapi turut dilakukan oleh kita sendiri tanpa kita sedari.

Mengapa ? ..

Setelah sekian lama telah termaktub , tercatat di dalam Al-Quran Surah An-Nuur ayat 22 yang bermaksud " Dan jangan lah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan  di antara kamu bersumpah bahawa mereka (tidak) akan memberi ( bantuan ) kepada kaum keluarganya , orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan-jalan Allah dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada . Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu ? , Dan Allah adalah maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Menurut Al-Sayuti ( 1986:404 ) , ayat di atas diturunkan berikutan perbuatan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq R.a yang terlalu marah terhadap Mistah kerana menyebarkan cerita fitnah ( Kisah Ifki) terhadap anaknya Aisyah sehingga beliau telah bersumpah tidak akan memaafkan Mistah dan akan menghentikan bantuan yang diberikan kepadanya.

Nyata kisah diatas ini menjadi contoh yang begitu tepat dengan soal salah silap seorang manusia dan betapa sifat pemaaf itu sewajibnya ada pada diri kita . Ternyata perbuatan Saidina Abu Bakar itu dilarang oleh Allah kerna sebaik-baik manusia ialah manusia yang berlapang dada dan mudah memaafkan.

Logiknya memaafkan kesilapan dan kesalahan orang itu adalah ubat segala penyakit . Ini kerna manusia kini selalunya berada dalam keadaan gelisah , kecewa dan sakit hati adalah disebabkan sukarnya memaafkan orang. Mereka ini sudah pastinya kurang bermaya , malah sering berselubung di dalam kesedihan mahupun kemarahan .

Logiknya :

Sakit jatung - Marah
Darah Tinggi - Marah
Migrain - Sedih / Kecewa

Diantara yang diatas ini adalah kebiasaan yang dapat kita lihat . Penyakit asalnya memang datangnya dari hati ( dada ) . Allah SWT telah pun menyatakan berlapang dada itu adalah sifat sebaik-baik manusia . Cuba sekali kita memaafkan kesilapan orang lain , pastinya segalanya penyakit kita akan semakin baik dan hidup kita akan lebih terkehadapan.

Lihat sahajalah Rasulullah , Muhammad SAW yang amat kita sayangi.Beliau tidak menghidap penyakit seperti manusia di zaman ini . Kerna apa ? . Jawapan nya kerna beliau sentiasa berlapang dada . Dalam Hadis Riwayat Muslim , dalam Kitab Bersuci Hadis No 427 menyatakan kisah di zaman Rasulullah.Rasulullah SAW juga pernah memaafkan seorang Arab Kampung yang melakukan kesalahan kencing di dalam masjid . Baginda menegah/melarang orang ramai daripada mengerumuni dan menghalangi orang arab tersebut.Menurut Anas Bin Malik , sebaik sahaja orang tersebut pergi , Rasulullah SAW meminta sebaldi air , lalu mencurah ke atas tempat yang di kencing oleh orang Arab Kampung tadi.

Dari kisah ini , sifat Rasulullah ini sewajarnya menjadi contoh buat kita dalam berhadapan dengan situasi yang sedemikian . Bukankah memaafkan kesalahan orang lain dan mengambil ikhtibar daripada kesilapan yang dilakukan oleh orang itu adalah yang terbaik berbanding kita terus berdendam dan bermasam muka.Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun , maka contohi sifat Allah ini .

Selami hati , andai kita alpa dan lupa .. berzikirlah pada Allah agar hati kita sentiasa ingat kepadanya .


Sunday, July 10, 2011

Roh dan Jasad .. Terbaik ..

Penyatuan antara roh manusia dan pencipta jasad ini iaitu Allah ternyata berlaku setiap masa . Dalam pembahagian masa yang teratur , biarpun kadangkala ternyata kita alpa dengan dunia namun hati dan roh kita masih bersama Allah.

Kenyataan ini terhasil dari suatu produksi kehidupan dan keadaan persekitaran.Pepohon,rumput menghijau,dedaun jatuh berguguran,hujan turun tanpa diundang pastinya memberi kesan tersendiri terhadap pandangan manusia .Jika manusia ini sering memperhatikan apa yang terjadi , memperhatikan setiap yang berlaku , sudah pastinya biarpun disaat kita lupa akan Allah tentu akan terdetik walau sedikit untuk mengingati Allah jika kita memandang setiap pergerakan Alam.

Semuanya ada kaitan dengan roh dan jasad kita.Kita sedar pengakhiran kita pastinya akan ditanam di dalam tanah , ditempatkan di liang lahad yang mana disitulah bermulanya persoalan dari malaikat mungkar dan nangkir.Jasad kita akan disemadikan di dalam "tanah" .Sungguh jelas , kita ini terlalu berkait rapat dengan pengerakan dunia , pengerakan masa , tingkah laku alam ,segalanya ada pada diri dan jasad kita.

Sedar , kita wajib sedar .Kita adalah sebahagian dari struktur bumi.Kita dijadikan dari tanah , dari mulanya penciptaan Nabi Adam yang merupakan nenek moyang kita.Manusia pertama itu dijadikan dari struktur asas bumi iaitu TANAH.

Manusia , antara rohani dan jasad .Rohani dipanggil ROH yang bererti ....

Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri (nafs). Di dalam nafs (diri) manusia ada yang selalu tahu, iaitu Aku. Iaitu Roh manusia yang menjadi saksi atas segala apa yang dilakukan nafsinya (diri). Ia mengetahui kebohongan dirinya (nafs), kemunafikan, rasa angkuhnya, dan rasa kebencian hatinya. Kerana itu sang roh disebut min Amri rabbi - selalu mendapatkan intruksi-instruksi Tuhan-Ku. Mengapa demikian, - kerana ia tidak pernah mengikuti kehendak nafsunya dan tidak pernah menyetujuinya tanpa kompromi sedikitpun. Ialah disebut fitrah yang suci, dan fitrah manusia selalu seiring dengan fitrah Allah (QS. Ar Rum:30)..

Roh , ada di dalam jasad manusia . Roh itu mengikut fitrah dan fitrah manusia itu akan berkehendakkan Allah dan akan sentiasa mengikuti perintah Allah . Mengingati Allah dalam setiap urusan dan memandang sesuatu dengan terasa kesan di dalam roh mereka akan kekuasan Allah.Maka apakah kita masih tidak sedar yang kini manusia sudah rosak ROH mereka?..

Terbukti di sekeliling kita , perbuatan dosa dengan tingkah laku biadap manusia pada Allah .Cukup angkuh dan menjadi semakin berleluasa perasaan takbur pada Allah . Mereka ini pastinya dikawal oleh kemahuan iaitu An-Nafs.
Pertama, Nafs yang berkaitan dan tumpuan syahwat atau hawa (hawa berasal dari bahasa Arab yang tercantum dalam Alqur'an, wanaha An nafsa `anil hawa - dan ia menahan dirinya (fiziknya) dari keinginannya (hawanya) ( An Nazi'at :40-41). Iaitu hawanya mata, hawanya telinga, hawanya mulut, hawanya kemaluan, hawanya otak dan lain-lain. Hawa-hawa atau syahwat, selalu berkecenderungan kepada asal kejadiannya iaitu sari pati tanah - dengan demikian An nafs bererti fizik (tanah yang diberi bentuk). Dia akan bergerak secara naluri mencari bahan-bahan unsur asal fiziknya, ketika kekurangan energi atau kekurangan unsur-unsur asalnya maka ia akan segera mencari atau secara naluri ia akan berkata, saya lapar, saya haus !!
     
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari ekstrak yang berasal dari tanah." (QS. Al Mukminun:12)

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari Lumpur hitam yang berstruktur (berbentuk), maka apabila Aku telah meniupkan kepadanya Roh-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud." (QS. Al Hijir: 28-29)

Kedua, An Nafs bererti : Jiwa , - jiwa mempunyai beberapa sifat, nafs lawwamah (pencela), nafs muthmainnah (tenang), Nafs Ammarah bissu' (sentiasa menyuruh berbuat jahat).
     
Yaa ayyatuhannafsul muthmainnah ….. (QS. Al Fajr : 27-28)
Wala uqsimu binnafsil lawwamah …(QS. Al Qiyamah:2)
Wama ubarriu nafsii, innannafsa laammaratun bissuu' (QS. Yusuf:53)

Sedangkan Qalb, ertinya sifat jiwa yang berubah-ubah, tidak tetap. Terkadang ia bersifat muthmainnah, kadang juga lawwamah, atau berubah menjadi ammarah bissuu'

Watak seperti inilah yang dimaksud dengan QALB (berbolak-balik), jadi keliru kalau dikatakan qalb itu adalah wujud kerana dia bukan jiwa, akan tetapi merupakan sifatnya jiwa yang selalu berubah-rubah. Jiwa yang mempunyai sifat berubah-rubah inilah, dinamakan Qalbun !! sedangkan jiwa yang selamat disebut Qalbun salim (selamat dari sifat yang berubah-rubah) - illa man atallaha biqalbin saliim - kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati yang selamat. (QS. Asy Syura: 89)

An nafs (jiwa ) memiliki alat-alat, Pikiran, Perasaan, Intuisi, Emosi, dan Akal. Sedangkan An Nafs (fizik ) memiliki alat-alat : Penglihatan ( mata ), Pendengaran (telinga), Perasa (lidah), Peraba, Penciuman (hidung).

Semua ini terbentuk dan sudah lama bertapak di dalam jasad.Jasad kita.Sebaik-baik jasad ialah punyai ROH yang berkualiti , yang mengingati Allah dan yang mampun menjauhi dari tindakan mahupun serangan yang dilakukan oleh Nafs.

Saudara , sila angkat tangan bagi sesiapa yang tidak diciptakan dari tanah.Memang , memang manusia dijadikan dari tanah , kelayakan kita hanya untuk Allah.

Tidak susah untuk dekatkan diri dengan Allah , cukup mudah.Lihat dunia sekeliling , lihat sahaja pengerakan dunia , anda akan dapat sentiasa dekat dengan Allah Aza Wajalla.Kerna kita sebahagian dari bumi , roh kita pasti begitu sebati dengan bumi ..

Antara sebati dengan "baik" atau campuran yang sebati itu tercampur dengan campuran yang "salah" . Itulah yang menjadi pengukur antara kepandaian minda dan kepadaian iman manusia.SubhanaAllah , Allah memang hebat .. Dunia memang permainan , dunia itu ujian manusia . Tetapi ia mampu menjadi sahabat yang baik buat kita andai kita bersahabat dengan kalimah Allah ..

Roh dan Jasad , sebatian dan campuran yang terbaik buat umat Muhammad ..
Menjadikan diri sebagai model untuk diri sendiri ..
Kelayakan kita untuk Allah .. Antara Roh dan Jasad ..
Anda hamba terbaik ..


Sunday, July 3, 2011

Berani Berhadapan !!

SubhanaAllah .. kehidupan kita ini suatu fenomena biasa ..

Realiti kita adalah sejauh mana kita dapat mengatasi setiap tindakan kita , ke arah membawa kepada kemahuan duniawi dan ukhrawi .. Dalam kehidupan , terbahagi kepada persaudaraan , persahabatan , kasih sayang , ukhwah kerana Allah .. Lingkungan inilah yang memandu kita menjadi lebih matang , namun berkemungkinan juga akan terhasilnya tindakan2 yang kurang kematangan dari diri kita...

Rasulullah ada bersabda "orang yang hebat ialah orang yang tidak lari dari masyarakat yang teruk" . maksud hadis ini ialah nabi tidak suka kita bersendirian sekalipun kita berada dalam masyarakat yang jahil agama , penuh dengan maksiat .. Kerna apa , sewajibnya kita ketahui dalam surah Al-Hujurat ayat 13 .. Telah menyatakan "telah aku jadikan kamu ini berbangsa-bangsa dan bersuku-suku , menjadikan kamu lelaki dan perempuan agar kamu saling kenal mengenali .. dan orang yang beruntung antara kamu ialah orang yang bertakwa" ..



Nauzubillah ,, ternyata refleksi ayat ini akan sentiasa terbias pada diri kita .. Wajar atau tidak kita lari dari suatu individu atau suatu kelompok masyarakat ? .. Seakan-akan larinya kita dari tanggungjawab bersaudara kita .. Kononnya ingin lari dari kancah maksiat , takut akan fitnah .. Ketahuilah , kita punyai landasan Al-Quran dan As-Sunnah .. Maka seharusnya usah takut dan gentar dengan dunia luar tetapi berusaha untuk mengambil ikhtibar dari apa yang terjadi , cuba untuk memperbetulkan kekurangan itu .. Selebihnya kerja Allah dan kita berdoalah agar dipermudahkan segala urusan..

Dalam surah Al-Hujurat ayat 13 tadi , kenyataan yang cukup untuk kita nyatakan bahawa sungguh hebatnya Allah itu .. Perancangan Allah dalam kehidupan kita .. "Dan orang yang paling beruntung diantara kamu ialah orang bertakwa" ..Firman Allah ini sedikit sebanyak memberi maksud yang sangat luas ..Allah menekankan bahawa memang sukar , memang perit dalam mengharungi kehidupan ini namun bagi yang mencapai tahap "takwa" , itulah orang yang hebat ..

Apa maksud TAKWA ? ..

T akutkan
A llah
K erna
W asiat
A llah ..



Itulah maksud tersembunyi takwa .. Wasiat Allah ialah bererti perintah Allah .. Kita sebagai manusia diamanah menjadi khalifah antara satu sama lain , malahan menjadi khalifah kepada kehidupan di muka bumi ini , kita punyai akal yang waras .. Berfikiran positif dalam suatu tindakan , dan yang paling malangnya ialah "berapa ramai yang berfikiran positif" yang membawa kepada kematangan .. Tidak ramai , cukup sukar untuk kita kenal siapa yang matang ..

Terjadinya situasi sebegini adalah disebabkan mereka ini tidak memahami akan Wasiat Allah itu ..

Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam mendapat berbagai macam perintah dalam firman Allah, :
“Hai orang yang berkemul, bangunlah lalu berilah peringatan, dan Rabbmu agungkanlah, dan pakaianmu bersihkanlah, dan perbuatan dosa tinggalkanlah, dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak, dan untuk (memenuhi perintah) Rabbmu, bersabarlah. ” (Al-Muddatstsir: 1-7).



Sudah terang lagi bersuluh bahawa kita ini kurang jelas , kurang penghayatan dengan wasiat Allah .. Kita hanya tahu bertindak melalui emosi tika berhadapan dengan suatu individu atau kelompok yang kurang menyenangkan buat kita .. Padahal , disitulah terletaknya amanah dan tanggungjawab kita yang telah Allah nyatakan sekian lama ..

Andai kamu lari dari mereka , kamu memutuskan hubungan dengan mereka dan kamu cuba menghindari diri dari mereka ..

Bahawasanya KAMU ITU LEMAH dan SELEMAH-LEMAH MANUSIA .. Kembalilah pada fitrah bersaudara tanpa melihat siapa mereka .. Dan lakukan suatu tindakan yang berlandaskan syariat Allah serta berlaku rasional agar kita disenangi oleh Allah dan umat manusia ..





Maka beranikanlah diri anda biarpun yang berada dihadapan itu ternyata bukan lawan kita .. Rasionalkan diri kerna itu kekuatan bagi yang lemah ..

Monday, June 27, 2011

Senyum Selalu ... ^^

Senyum selalu , atau anda jarang senyum dalam sehari.


Ada juga antara kita senyum hanya sekali dalam sehari dan yang selebihnya berkerut dahi sepanjang masa.Senyum adalah simbolik kepada kebahagiaan , namun hakikatnya senyum bukanlah hanya perlu tatkala kita sedang gembira sahaja tetapi ia lebih kepada perlunya senyum dalam membawa input positif dalam diri.


Positifnya senyum dalam diri membawa suatu perubahan yang kita tidak nampak . Secara halus senyum itu membawa kepada rasa penuh keselesaan , tiada rasa rimas atau tertekan malahan senyum itu juga akan menjadikan yang "panas" menjadi "sejuk" dengan tiba-tiba.


Dalam islam turut menekankan amat perlunya senyum dalam kehidupan kita ."Sedekah" dengan senyuman , dan ini menunjukkan bahawa senyuman itu terlalu bernilai.Ia dapat dikait dapatkan dengan "duit".Kita sering diajar melakukan "sedekah" dengan pemberian duit/wang kepada seseorang individu yang memerlukan , namun kita jarang diajar melakukan "sedekah" dengan pemberian senyuman kepada semua orang di atas muka bumi ini.Bukankah begitu mudahnya mendapat pahala secara tidak langsung ? . Saya pasti anda tahu jawapannya .


Daripada Umar bin Al-Khatab R.A dia berkata.. “RasulluLLAH SAW tersenyum dan baginda adalah orang yang paling bagus giginya”(diriwayatkan Ibnu Hibban di dalam sahihnya)..


Ternyata Rasulullah anda individu CONTOH yang sewajibnya kita ikuti . Dia sering tersenyum dan membuat sahabat-sahabatnya begitu senang dan selesa dengan dirinya .


Melihat pada satu riwayat ini mengisahkan tentang sikap rasulullah tatkala dia berhadapan dengan orang yang dia tidak sukai , walaupun dia tidak menyukai tetapi atas sebab adab dihadapan orang lain Rasulullah tetap tersenyum dengan penuh keikhlasan agar dengan senyuman ia akan memberi impak yang baik kepada individu yang berhadapan dengan nya .Jom kita ikuti kisah ini !!



Diriawayatkan bahawa pada suatu hari Uyainah bin Hisn memasuki tempat RasulluLLAH SAW.Sementara dia termasuk dikalangan bangsa Arab yang berperangai kasar ,ketika uyainah sudah sampai di hadapan baginda,maka baginda tersenyum kepadanya.Masalah ini telah disebutkan Aisyah RA.: “Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan baginda Nabi.Ketika baginda melihat orang itu dari jauh ,maka beliau bersabda, “Dia adalah seburuk-buruk saudara dalam kerabat dan anak dalam kerabat”.Namun ketika orang (Uyainah) itu sudahduduk,baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu.*.
Ketika orang itu sudah pergi ,Aisyah berkata kepada baginda: “Wahai RasulluLLAH ketika melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu.Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati.”..Kemudian baginda bersabda “Wahai Aisyah,bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?.” (diriwayatkan Al-Bukhari)

Berilah senyuman kepada semua orang ,
Tanpa mengira jahat mahupun baik ,
Kerna senyuman itu bererti riang ,
Kerna yang jahat akan menjadi baik ..

Penuh senyuman berhadapan musuh ,
Biarpun musuh membenci kita ,
Lama kelamaan hatinya kan luluh ,
Lidah terkelu , mulut tidak berkata ..


Saya sudah terSENYUM .. 
Anda bila lagi ..? 

Wednesday, June 22, 2011

Luar Biasa !! ..

Assalamualaikum ,,

Alhamdulillah kita masih diberi ruang lingkup yang begitu sedikit ini , bagi meneruskan wadah dakwah serta amal kita dalam terus melayari hari-hari di muka bumi Allah ini.Masih diberi nafas yang cukup rasa nikmatnya ke atas diri setiap manusia di muka bumi ini tanpa mengira siapa kita , pangkat kita , umur , baik buruk kita ..

Sejauh mana perjalanan kita pada hari ini.Biarpun mencapai umur mencecah warga emas sekalipun , sewajibnya kita bersyukur pada yang menciptakan kita , kerna apa dan sudah pastinya kerna peluang hidup ini terus menerus diberikan pada kita . Dalam kemungkinan , dalam diam-diam kita tidak sedar bahwa kita lupa membayar semula bil-bil tunggakan kita kerna kita menggunakan perkhidmatan udara yang diberikan oleh Allah.

Alpa , leka .. sudah semestinya manusia itu memang juga pelupa.Saya juga tidak menafikan bahawa ada juga kesilapan dan kesalahan yang saya lakukan.Saya sedar , kita manusia ada kelemahan.

Susunan kehidupan amat cantik . Menjadi cantik lagi jika kita pandai menghiasi nya.Sudahkah anda membayar bil-bil tunggakan tersebut ? .. Semoga anda berjaya menyelesaikan pembayarannya.Namun tidakkah anda semua sedar jika anda tidak membayar tunggakan tersebut , Allah tetap tidak menarik semula perkhidmatan udara ini? .. Itu lah kemusykilan kita.Itulah yang kita langsung tidak terfikir.Dalam dunia , andai kita tidak membayar bil-bil eletrik , air dan selain daripada itu , pastinya perkhidmatan itu akan ditarik atau dipotong dari terus kita menikmati faedahnya.Tetapi ia berbeza sekali bagi Allah.

Luar biasa !! .. Amat Luar biasa !!..

Kenapa saya berkata begitu , jawapannya ada pada anda semua. "Maha Pemurah" , sifat Allah ..

Allah maha pemurah , kita buat jahat pun Allah tetap pemurah .Kita hina Allah pun , Allah tetap pemurah.Tetapi jangan kita ingat yang bila mana kita terus diberi peluang ini kita akan terus diberi peluang selamanya .Percayalah , Allah itu juga maha Adil.Dia pasti akan menarik nikmat yang diberikan pada kita jika kita terus "LUPA" akan dia.

"Lu kalau masuk tempat gua , gua potong lu" .. pernah atau tidak anda mendengar potongan ayat percakapan ini ? ..

Selalunya ia keluar dari mulut orang yang tidak puas hati , yang sedang marah . Dan selalunya ia juga ditujukan pada orang yang lemah , disangkakan oleh dia bahawa orang itu lemah sedangkan " dia juga sebenarnya lemah "..

Ingatlah , sekuat mana kita ..Sehebat mana seni mempertahankan diri kita.Ada silat , taekwando,karate atau apa jenis seni mempertahankan diri sekalipun , Allah itu maha Besar !! ..Kita tidak mampu menandinginya.Kebanyakan golongan manusia yang kononnya "gangster besar" ini tidak sedar bahawa kawasan-kawasan yang dikatakan tempat mereka , hak milik mereka sebenarnya hak milik ALLAH.

Saya tidak mengfokuskan kata-kata ini pada mana-mana gangster tetapi saya lebih mengfokuskan pada segolongan manusia yang ada ilmu di dada , tetapi sesekali nampak jahilnya.Realitinya terlalu banyak terjadi dalam kehidupan kita sebagai remaja .Di kolej , universiti memang perkara sebegini sering terjadi.Memperkatakan diri itu gangster , berlagak kononnya kuat sudah biasa terjadi.Maka tidak mustahillah mereka ini sebenarnya lupa dengan Allah.

Mari kita terus mencari Allah , dalam menjejakinya kita atur kehidupan agar mendapat redhanya.Jadilah HAMBA ALLAH dan jangan jadi GANGSTER BESAR.InsyaAllah hidup kita diredhai.

Menyangka diri ini "besar" , hakikatnya begitu kecil di mata "ALLAH"..
(Gambar Sebagai Perhiasan Semata-mata)..


Sunday, June 19, 2011

Bila ada yang ingin membantu , maka bersyukurlah !!

Dalam suasana dunia yang boleh dikatakan semakin bercelaru.Manusia terlalu sukar untuk memberi pertolongan antara satu sama lain.Mereka saling mementing diri dan kurangnya rasa keprihatinan pada semangat kejiranan , persaudaraan , persahabatan seperti yang di tuntut dalam islam.


Kegagalan ini membawa kepada suatu fenomena perubahan suasana sekeliling.Kepentingan diri mengatasi segala-galanya.Ada juga yang membantu hanya ingin membawa kebaikan dan keuntungan pada diri sendiri.


Sebahagian sahaja menolong dengan ikhlas , dengan penuh pemberian yang amat memberikan makna yang begitu besar pada kita.Kadangkala kita tahu dia ingin memberi , namun perasaan segan , malu dan rasa serba salah selalunya hadir tatkala pertolongan itu hadir tanpa diduga.


Kemanusiaan dan kasih sayang itulah pembawa kebahagiaan di dunia dan akhirat.


Sejahteranya hidup manusia seharian kerna nikmat kasih sayang , rasa ingin membantu , sedikit atau banyak itu bukan persoalannya tetapi rasa ingin membantu itu sudah cukup .Siapalah yang tidak suka dibantu kan?..


Hidup seperti "puzzle" gambar .Tidak sempurna "puzzle" tanpa satu yang tertinggal.Ibarat juga manusia tanpa kejiranan dan persaudaraan antara kita , tidak akan sempurna kehidupan yang abadi , kebahagiaan yang diimpikan selamanya.


Apa kata kalau kita semua bersyukur dengan seadanya.Seronok !! ..Saya juga suka kalau ada yang membantu kala kesulitan dan saya lagi suka kalau ada yang turut membantu kala kita tidak meminta.



Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat”.
Riwayat Ahmad

Rasulullah pernah berkata bahawa anak adam amat sukar bersyukur.Realitinya kita dapat lihat dengan apa yang kita ada sekarang.Hari-hari , berbulan-bulan , bertahun-tahun sibuk mencari kekayaan , kemegahan , wang semata-mata .Habis hancur punah semuanya !!.Mana perginya sifat bersyukur .

Kejarlah kemegahan , kekayaan seadanya kerna ia tidak akan dibawa ke mati.Hanya amalan yang akan dibawa bersama kita nanti.Bersyukur ? .Allah suka dengan orang bersyukur , itu maknanya kita tidak sombong dengan Allah .Kita bersyukur dengan apa yang kita kecapi.Selebihnya kita usaha agar peningkatan taraf hidup kita.

Dalam hidup , dalam kerjaya , dalam setiap tingkah laku perbuatan kita.Mesti ada yang menolong.Itu tanda Allah bantu kita.Maka bersyukurlah.Jangan Sombong.Tidak akan membawa pada apa-apa keuntungan.Jangan riak malah takbur.Subhanallah.

-Marilah sama-sama kembali pada pencipta-
~Esoknya ada exam , luangkan sedikit masa buat illahi~ .. TCDA ..

Bersyukurlah wahai sahabat ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...