Monday, June 27, 2011

Senyum Selalu ... ^^

Senyum selalu , atau anda jarang senyum dalam sehari.


Ada juga antara kita senyum hanya sekali dalam sehari dan yang selebihnya berkerut dahi sepanjang masa.Senyum adalah simbolik kepada kebahagiaan , namun hakikatnya senyum bukanlah hanya perlu tatkala kita sedang gembira sahaja tetapi ia lebih kepada perlunya senyum dalam membawa input positif dalam diri.


Positifnya senyum dalam diri membawa suatu perubahan yang kita tidak nampak . Secara halus senyum itu membawa kepada rasa penuh keselesaan , tiada rasa rimas atau tertekan malahan senyum itu juga akan menjadikan yang "panas" menjadi "sejuk" dengan tiba-tiba.


Dalam islam turut menekankan amat perlunya senyum dalam kehidupan kita ."Sedekah" dengan senyuman , dan ini menunjukkan bahawa senyuman itu terlalu bernilai.Ia dapat dikait dapatkan dengan "duit".Kita sering diajar melakukan "sedekah" dengan pemberian duit/wang kepada seseorang individu yang memerlukan , namun kita jarang diajar melakukan "sedekah" dengan pemberian senyuman kepada semua orang di atas muka bumi ini.Bukankah begitu mudahnya mendapat pahala secara tidak langsung ? . Saya pasti anda tahu jawapannya .


Daripada Umar bin Al-Khatab R.A dia berkata.. “RasulluLLAH SAW tersenyum dan baginda adalah orang yang paling bagus giginya”(diriwayatkan Ibnu Hibban di dalam sahihnya)..


Ternyata Rasulullah anda individu CONTOH yang sewajibnya kita ikuti . Dia sering tersenyum dan membuat sahabat-sahabatnya begitu senang dan selesa dengan dirinya .


Melihat pada satu riwayat ini mengisahkan tentang sikap rasulullah tatkala dia berhadapan dengan orang yang dia tidak sukai , walaupun dia tidak menyukai tetapi atas sebab adab dihadapan orang lain Rasulullah tetap tersenyum dengan penuh keikhlasan agar dengan senyuman ia akan memberi impak yang baik kepada individu yang berhadapan dengan nya .Jom kita ikuti kisah ini !!



Diriawayatkan bahawa pada suatu hari Uyainah bin Hisn memasuki tempat RasulluLLAH SAW.Sementara dia termasuk dikalangan bangsa Arab yang berperangai kasar ,ketika uyainah sudah sampai di hadapan baginda,maka baginda tersenyum kepadanya.Masalah ini telah disebutkan Aisyah RA.: “Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan baginda Nabi.Ketika baginda melihat orang itu dari jauh ,maka beliau bersabda, “Dia adalah seburuk-buruk saudara dalam kerabat dan anak dalam kerabat”.Namun ketika orang (Uyainah) itu sudahduduk,baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu.*.
Ketika orang itu sudah pergi ,Aisyah berkata kepada baginda: “Wahai RasulluLLAH ketika melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu.Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati.”..Kemudian baginda bersabda “Wahai Aisyah,bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?.” (diriwayatkan Al-Bukhari)

Berilah senyuman kepada semua orang ,
Tanpa mengira jahat mahupun baik ,
Kerna senyuman itu bererti riang ,
Kerna yang jahat akan menjadi baik ..

Penuh senyuman berhadapan musuh ,
Biarpun musuh membenci kita ,
Lama kelamaan hatinya kan luluh ,
Lidah terkelu , mulut tidak berkata ..


Saya sudah terSENYUM .. 
Anda bila lagi ..? 

Wednesday, June 22, 2011

Luar Biasa !! ..

Assalamualaikum ,,

Alhamdulillah kita masih diberi ruang lingkup yang begitu sedikit ini , bagi meneruskan wadah dakwah serta amal kita dalam terus melayari hari-hari di muka bumi Allah ini.Masih diberi nafas yang cukup rasa nikmatnya ke atas diri setiap manusia di muka bumi ini tanpa mengira siapa kita , pangkat kita , umur , baik buruk kita ..

Sejauh mana perjalanan kita pada hari ini.Biarpun mencapai umur mencecah warga emas sekalipun , sewajibnya kita bersyukur pada yang menciptakan kita , kerna apa dan sudah pastinya kerna peluang hidup ini terus menerus diberikan pada kita . Dalam kemungkinan , dalam diam-diam kita tidak sedar bahwa kita lupa membayar semula bil-bil tunggakan kita kerna kita menggunakan perkhidmatan udara yang diberikan oleh Allah.

Alpa , leka .. sudah semestinya manusia itu memang juga pelupa.Saya juga tidak menafikan bahawa ada juga kesilapan dan kesalahan yang saya lakukan.Saya sedar , kita manusia ada kelemahan.

Susunan kehidupan amat cantik . Menjadi cantik lagi jika kita pandai menghiasi nya.Sudahkah anda membayar bil-bil tunggakan tersebut ? .. Semoga anda berjaya menyelesaikan pembayarannya.Namun tidakkah anda semua sedar jika anda tidak membayar tunggakan tersebut , Allah tetap tidak menarik semula perkhidmatan udara ini? .. Itu lah kemusykilan kita.Itulah yang kita langsung tidak terfikir.Dalam dunia , andai kita tidak membayar bil-bil eletrik , air dan selain daripada itu , pastinya perkhidmatan itu akan ditarik atau dipotong dari terus kita menikmati faedahnya.Tetapi ia berbeza sekali bagi Allah.

Luar biasa !! .. Amat Luar biasa !!..

Kenapa saya berkata begitu , jawapannya ada pada anda semua. "Maha Pemurah" , sifat Allah ..

Allah maha pemurah , kita buat jahat pun Allah tetap pemurah .Kita hina Allah pun , Allah tetap pemurah.Tetapi jangan kita ingat yang bila mana kita terus diberi peluang ini kita akan terus diberi peluang selamanya .Percayalah , Allah itu juga maha Adil.Dia pasti akan menarik nikmat yang diberikan pada kita jika kita terus "LUPA" akan dia.

"Lu kalau masuk tempat gua , gua potong lu" .. pernah atau tidak anda mendengar potongan ayat percakapan ini ? ..

Selalunya ia keluar dari mulut orang yang tidak puas hati , yang sedang marah . Dan selalunya ia juga ditujukan pada orang yang lemah , disangkakan oleh dia bahawa orang itu lemah sedangkan " dia juga sebenarnya lemah "..

Ingatlah , sekuat mana kita ..Sehebat mana seni mempertahankan diri kita.Ada silat , taekwando,karate atau apa jenis seni mempertahankan diri sekalipun , Allah itu maha Besar !! ..Kita tidak mampu menandinginya.Kebanyakan golongan manusia yang kononnya "gangster besar" ini tidak sedar bahawa kawasan-kawasan yang dikatakan tempat mereka , hak milik mereka sebenarnya hak milik ALLAH.

Saya tidak mengfokuskan kata-kata ini pada mana-mana gangster tetapi saya lebih mengfokuskan pada segolongan manusia yang ada ilmu di dada , tetapi sesekali nampak jahilnya.Realitinya terlalu banyak terjadi dalam kehidupan kita sebagai remaja .Di kolej , universiti memang perkara sebegini sering terjadi.Memperkatakan diri itu gangster , berlagak kononnya kuat sudah biasa terjadi.Maka tidak mustahillah mereka ini sebenarnya lupa dengan Allah.

Mari kita terus mencari Allah , dalam menjejakinya kita atur kehidupan agar mendapat redhanya.Jadilah HAMBA ALLAH dan jangan jadi GANGSTER BESAR.InsyaAllah hidup kita diredhai.

Menyangka diri ini "besar" , hakikatnya begitu kecil di mata "ALLAH"..
(Gambar Sebagai Perhiasan Semata-mata)..


Sunday, June 19, 2011

Bila ada yang ingin membantu , maka bersyukurlah !!

Dalam suasana dunia yang boleh dikatakan semakin bercelaru.Manusia terlalu sukar untuk memberi pertolongan antara satu sama lain.Mereka saling mementing diri dan kurangnya rasa keprihatinan pada semangat kejiranan , persaudaraan , persahabatan seperti yang di tuntut dalam islam.


Kegagalan ini membawa kepada suatu fenomena perubahan suasana sekeliling.Kepentingan diri mengatasi segala-galanya.Ada juga yang membantu hanya ingin membawa kebaikan dan keuntungan pada diri sendiri.


Sebahagian sahaja menolong dengan ikhlas , dengan penuh pemberian yang amat memberikan makna yang begitu besar pada kita.Kadangkala kita tahu dia ingin memberi , namun perasaan segan , malu dan rasa serba salah selalunya hadir tatkala pertolongan itu hadir tanpa diduga.


Kemanusiaan dan kasih sayang itulah pembawa kebahagiaan di dunia dan akhirat.


Sejahteranya hidup manusia seharian kerna nikmat kasih sayang , rasa ingin membantu , sedikit atau banyak itu bukan persoalannya tetapi rasa ingin membantu itu sudah cukup .Siapalah yang tidak suka dibantu kan?..


Hidup seperti "puzzle" gambar .Tidak sempurna "puzzle" tanpa satu yang tertinggal.Ibarat juga manusia tanpa kejiranan dan persaudaraan antara kita , tidak akan sempurna kehidupan yang abadi , kebahagiaan yang diimpikan selamanya.


Apa kata kalau kita semua bersyukur dengan seadanya.Seronok !! ..Saya juga suka kalau ada yang membantu kala kesulitan dan saya lagi suka kalau ada yang turut membantu kala kita tidak meminta.



Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat”.
Riwayat Ahmad

Rasulullah pernah berkata bahawa anak adam amat sukar bersyukur.Realitinya kita dapat lihat dengan apa yang kita ada sekarang.Hari-hari , berbulan-bulan , bertahun-tahun sibuk mencari kekayaan , kemegahan , wang semata-mata .Habis hancur punah semuanya !!.Mana perginya sifat bersyukur .

Kejarlah kemegahan , kekayaan seadanya kerna ia tidak akan dibawa ke mati.Hanya amalan yang akan dibawa bersama kita nanti.Bersyukur ? .Allah suka dengan orang bersyukur , itu maknanya kita tidak sombong dengan Allah .Kita bersyukur dengan apa yang kita kecapi.Selebihnya kita usaha agar peningkatan taraf hidup kita.

Dalam hidup , dalam kerjaya , dalam setiap tingkah laku perbuatan kita.Mesti ada yang menolong.Itu tanda Allah bantu kita.Maka bersyukurlah.Jangan Sombong.Tidak akan membawa pada apa-apa keuntungan.Jangan riak malah takbur.Subhanallah.

-Marilah sama-sama kembali pada pencipta-
~Esoknya ada exam , luangkan sedikit masa buat illahi~ .. TCDA ..

Bersyukurlah wahai sahabat ...

Saturday, June 18, 2011

Nukilan buat KEKASIH...

Hai manusia , sesungguhnya kami telah jadikan kamu semua dari lelaki dan perempuan , dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa supaya kamu saling kenal mengenali antara satu sama lain.Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang bertakwa.Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenal. ( Surah Al-Hujjurat Ayat 13 )




assalamualaikum,,
Ya Ukhti,,,
Di kesempatan dari ruang dakwah ini,,,
Lidah ingin berbicara namun bait kata-kata menjadi gantinya..

Ingin ana mewakili ADAM berkongsi sebutir kata segenggam dakwahtullah..
Mengiringi hari-hari yang penuh kesyukuran kepadaNYA..

Maaf jika terdapat khilaf dari kata-kata ini,,

Ana mulai dengan ...
Bismillahhirrahmanirrahim...


Suatu khabar berita dari Allah..
Berita lagi indah pembawa berkah di Bumi Illahi...
Kita tidak akan pernah berseorangan kerna Allah maha Adil..
Menjadikan di dalam kehidupan ada warna-warna yang menerangi ..
Namun,,apakah maksud disebalik ayat warna-warna itu??..

Allah telah jadikan kita dari berbagai jantina dan berbangsa-bangsa ??
Apa sebenarnya rahsia disebalik itu ??
Apa nikmatnya yang tersembunyi ??

Kefahaman manusia kini lebih terarah diantara perkenalan perempuan dan lelaki yang lebih berunsur CINTA & SAYANG..
Kenapa begitu jumud pemikiran manusia...
Fikiran sempit .. terlalu sempit !!

Sedangkan Allah itu maha luas,,
Cuma kita sebagai manusia "khalifah" memikirkan dari sedut pandangan lain (sempit) ..

Sebenarnya Allah itu ingin kita menjadi insan yg sempurna..
dari nikmat bersahabat..
dari nikmat berlainan jantina..
dari nikmat berbangsa-bangsa..

Siapa sangka,,dari itu akan terbit suatu gerakan dakwah tanpa sempadan..
Diantara satu sama lain..
seperti mana yg saya lakukan kepada ukhti sekarang..
Bukan kita berkasih atau bercinta..
tetapi sebenarnya kita bertasbih dijalan Allah..
Setiap tutur perkenalan yg dibawa...
adalah Dakwah Allah..
Tanpa kita sedari..

Memang kita tidak lari dan terlepas dari kesilapan..
tapi Allah mencipta kita berbeza-beza..
Adalah atas satu dasar....
Dasar cantuman yang bercantum .. Saling memerlukan !!

agar kita membina kesempurnaan yg hakiki..
Cuma kita tidak mengunakan "SERVICE" itu..

Seperti kita mengunakan kereta tanpa roda..
kita punyai kereta tetapi kita tidak memasang rodanya..
kenapa ia terjadi??
itu adakah atas sebab manusia itu tidak mengunakan kemudahan itu dgn betul...
tidak mengunakan kemudahan itu untuk menjadi sempurna..
bukan alasan untuk kita kata kan kita adalah manusia biasa..
yg tidak pernah terlepas dari kesalahan...
TETAPi pecayalah bahawa diri kita yg tidak pernah untuk melepaskan diri dari kesalahan..

Kerana apa??
tarbiah diri..
muhasabah diri...
ingat dan hayati nikmat Allah...
sebenarnya ada sesuatu yg Allah ingin sampaikan..
dari firman yg ana nyatakan diatas tadi..
adalah salah satu tanda kekuasan Allah..

Alangkah manisnya jika kita saling kenal mengenali..
tanpa mengira jantina...
tetapi masih dibatasi syariat..

Kenapa perlu COUPLE atau CINTA CINTUN??
adakah alasan nya ialah adalah disebabkan lumrah manusia saling berkasih sayang??

rasanya tidak perlu bercinta atau COUPLE??
kerana sebenarnya kita masih tidak mempunyai akal yg beriman untuk melakukannya,,,
Alangkah baiknya kita lakukan perkara adalah kerana Allah..
bukan atas nafsu yg membuak2...

Akhir kata,,maaf atas khilaf yg terhasil..
InsyaAllah akan ana perbetulkan..
Jadilah insan yg Alim & warak..
kerna Alim semata2 tidak akan membawa apa2 pd agama..
tetapi Alim dan Warak adalah adunan yg menyatukan antara hamba dan pencipta...
Wallahualam..



















- Buat Hawa dari Adam -
~Membawa erti Kasih yg sebenar~ ... AkHi MuhAmmaD ShazNi ..
- Nukilan lama tetapi berguna - 

Friday, June 17, 2011

Buka Mata Selami Hati

Terungkai kata dengan kenikmatan yang berbeza.Setahu aku , tiada yang sempurna .. Kala mencari aku mengerti,terbitnya cahaya tanpa tuannya.Bunga-bunga mengiringi hari dengan penuh rasa gembira , indah belaka dan sayup-sayup angin yang sungguh menyenangkan.Hati ini menjadi kaku.Saat itu aku terpaling pada suatu pandangan , terpandang pada suatu bayang-bayang.

Realitinya , aku mengejar akan bayang-bayang itu.Kali ini aku berhenti.Kaku dan terpaku.Tidakkah aku sedar atau tidak , dihadapan ku ini kenikmatan yang sungguh menyenangkan.Aku suka senang , aku benci kesusahan.Sampai bila?..Sampai bila akan terus senang selamanya.

Hari-hari aku kejar.Mengejar kesenangan.Aku takut melalui kesukaran , kesusahan ..Kerna aku takut akan beban ... Manakan tidak, dosa aku sudah berat bertimbun-timbun.Itu pun sudah cukup menyusahkan aku.

Mulai saat ini , aku buka mataku..Aku sedar kenikmatan ini sementara bersama nafsu semata-mata.Khayalan semata-mata.Ya Allah , selamatkan lah hambamu ini dari dosa dan noda.

Mulai saat ini juga , aku selami hatiku sendiri.Terasa ingin sangat menjadi diri sendiri yang aku idamkan.Namun apa yang aku idamkan berbeza dari apa yang aku lakukan.Apa sudah jadi dengan diri aku ini.?..

Sesatkah aku? .. Baiklah !! .. Saat ini aku buka mata aku LUAS-LUAS dan aku selami hati aku DALAM-DALAM... aku akan cari Allah .. Cari Allah sampai aku dapat mencium DIA dengan penuh keinsafan kasih sayang.. Aku nak masuk syurga dan aku benci NERAKA...

Bagaimana? ..Cara selami hati bagi aku ialah jika hati ingin melakukan kebaikan ,,cepat-cepat lah buat !! ..Dan buka mata pula ialah jika aku nampak akan maksiat ,, aku menjauhinya !! ..

Allah !! .. Ampunilah aku dan jauhi aku dari seksaan mu.. Hamba ini jahil ..berikan hidayah serta cahaya menerangi hidupku sehingga akhir hidup ku nanti .. I love U Allah.. sampai aku mati !! ..

-Nukilan keinsafan-
~Akhi Muhammad Shazni~ .."Terbit mentari dengan izinnya"..
Motivasikan diri anda !! ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...