Saturday, December 18, 2010

Teruskan usaha menjadi Solehah

Menjadi anak rantau bukan mudah sebenarnya.Susah senang,sakit demam dan segalanya perlu dihadapi dengan sendirinya bersama ketenangan.Namun pengalaman yang ditimba sukar dicari.Kata perpatah "Jauh perjalanan luas pandangan".Terlintas difikiran saya bahawa bukan semua manusia di muka bumi ini dapat merantau seperti saya.Belajar jauh dari keluarga.Mesti indahkan.

Dalam perjalanan menjadi anak rantau.Dalam kesibukan menimba ilmu.Saya berjumpa dengan berbagai-bagai jenis karenah manusia yang saya kurang teliti sebelum ini.Menarik sungguh rupanya manusia.Ada yang lemah lembut,kasar,baik hati,kuat cemburu,rajin,malas dan bermacam-macam lagi.Hampir setahun setengah menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar IPT,selama itu saya menjalani tempoh kematangan mentaliti.Rasa enak kehidupan ini bila saya mula memahami akan satu sikap manusia yang mahu menjadi "solehah".

Bila bicara tentang solehah,pasti kita terarah pada wanita.Memang benar kata nabi "seindah hiasan dunia adalah wanita solehah".Begitulah juga bila saya lebih mengenali wanita solehah ini,sebuah perasaan ingin mengetahui tentang sikap mereka.Bukanlah mudah menjadi solehah tetapi kita akan mudah memasuki syurga pabila menjadi solehah.Gadis-gadis sunti mahupun muslimah yang sering dipanggil "ukhti" pasti sedar hakikat menjadi wanita solehah.

Solehah itu indahnya akhlak berpaut pada agama,merdunya bicara berlampiaskan syariat.Saya melihat perempuan kini ramai yang mahu menjadi solehah tetapi tidak benar-benar menjadi solehah.Mengapa saya berkata sedemikian?.Apa yang boleh saya katakan disini,mudah sebenarnya untuk menjadi solehah pada pakaian namun kemana hala tujuan akhlak mereka ?..

Firman Allah "Wahai Muhammad,perintahkanlah isteri-isteri kamu,anak-anak kamu serta wanita beriman agar mereka melabuhkan tudung mereka melepasi paras dada dan menutupi seluruh tubuh mereka demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali maka dengan itu mereka tidak akan diganggu dan ingatlah Allah itu maha pengampun lagi maha pengasihani" surah Al-Ahzab ayat 59.

Jika saya hanya memandang pada ayat diatas,pasti saya mulai rasa lega melihat sudah ramai muslimah yang kini memakai tudung melepasi paras dada atau "tudung labuh".Sudah pasti ramai yang berhak digelar solehah jika kita terus memperhatikannya dari luaran.Tidaklah saya mengatakan mereka ini bukan solehah tetapi belum cukup untuk dikatakan solehah pada keseluruhannya.

Inilah mukadimah menjadi solehah.Teruskanlah wahai muslimah agar kamu akan mudah dikenali sebagai wanita yang baik-baik.Perintah Allah agar wanita islam melabuhkan tudung mereka perlu dipatuhi.Jika tidak,kita telah melawan Allah.Saya lelaki tetapi perasaan ingin melihat Allah dihormati tetap ada.Sekalung tahniah buat muslimah diluar sana yang berusaha menjadi solehah.InsyaAllah usaha itu diiringi petunjuk dari Allah.Jangan berhenti walau sedetik untuk berubah.

Cuma saya sebenarnya mahu membincangkan tentang akhlak mereka ini.Sedar ataupun tidak,aurat wanita adalah keseluruhan tuduh kecuali muka dan tapak tangan.Bukanlah itu sahaja.Suara,tingkah laku,peradaban,tutur bicara semua itu adalah aurat yang perlu dijaga.Jika kita bercita-cita menjadi solehah,jadilah solehah pada keseluruhannya.Janganlah hanya 70% solehah,30% bebas.Itulah salah tafsiran segelintir muslimah yang ingin menjadi solehah.Saya melihat pabila mereka berpakaian,Alhamdulillah cukup sempurna tanpa cacat cela,pandai mengaji Al-quran,ilmu agama cukup baik tetapi suara tidak dijaga,tutur bicara merosakkan imej mereka.

Ketawa dan kadangkala gurau senda yang berlebihan inilah yang merosakkan ke"solehah" an mereka.Saya tidak memarahi mereka ini tetapi saya teramat sayang akan mereka.Teruskan usaha menjadi solehah tetapi sedarilah menjadi solehah yang sebenar.Mungkin mereka ini tidak memahami akan hakikat solehah yang sebenar.Mudahan-mudahan mereka ini diberi petunjuk.Suara wanita?.Itu juga aurat anda wahai muslimah.Berbicara usahlah terlalu menggoda,bercakaplah sekadar yang perlu dan kawal nada suara anda bila berbicara dengan kaum berlawanan jenis atau dikhalayak ramai.Adab itu harus dijaga kerna adab juga aurat.

Jika dipandang dari kaca mata masyarakat,tidak manis anak gadis bergurau senda atau ketawa yang berlebihan.Dari pandangan Allah,sudah semestinya Allah lagi merasa marah pabila melihat kaum hawa yang berperangai sedemikian.Sesungguhnya Allah itu maha pengampun dan pengasihani.Niat dihati menjadi solehah,ikhlaskan niat serta usaha pasti Allah bantu.Muslimah,kamu semua ini adalah hiasan dunia yang cukup indah yang Allah sentiasa pelihara.Hendakkah diantara kamu menjadi penghiasan yang dijadikan sampah?.Pasti tidak jawapannya.Saya akui,akhir zaman bukan mudah untuk kita lalui.Tabahkan hati,kuatkan iman dan tenang jiwa hapuskan nafsu.Berjayalah di akhirnya.Muslimah datangnya dari hawa,hawa dicipta dari tulang rusuk nabi Adam,dan Adam dicipta Oleh Allah.Allah itu maha memahami hambanya.Muhasabah diri,selepas itu tarbiyah diri.Letakkan rindu,kasih cinta krna Allah.InsyaAllah anda menjadi wanita solehah yang sempurna..

2 comments:

  1. Artikel yang baik Tuan. Saya juga sedang mencari-cari apa yang dimaksudkan dengan wanita solehah dalam erti kata sebenar.

    Sempurnya Allah merahmati Tuan.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum .. terima kasih atas komen nya . jika ada sebarang pertanyaan , boleh la nyatakan di sini ya ..

    Dalam masa sama , sy ingin menyatakan bahawa blog baru sy kini dibuka untuk tatapan umum ..

    akhimuhammadshazni.blogspot.com .. ni blog official sy ...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...