Friday, April 1, 2011

Fitnah " bukan satu permainan "

Wahai Fitnah,
Mulutmu bagai pedang yang disalut madu,
Rasanya manis memakan diri,
Semakin manis semakin menghancur diri.

Jika dulu kau hancurkan Adam,
Jika dulu kau hancurkan Hawa,
Kau juga cuba menggagalkan Muhammad,
Malah kini kau datang merosakkan kami.

Siapa kau?.
Bertopengkan munafik yang bijak,
Tangkas melontar kerosakan tanpa disedari,
Hanya yang lemah akan tumbang,
Hanya yang sombong akan berbangga.

Wahai Fitnah,
Kamu cuba datang kepada kami dari berbagai penjuru,
Tetapi kami menjaga di setiap penjuru,
Kamu datang dengan pedang kerosakan,
Kami bertahan dengan perisai keadilan.

Kami akui kamu memang hebat,
Menjadikan yang batil itu benar,
Sehingga orang kami juga hanyut dengan senang,
Bukan bereti kamu semakin kuat,
Tetapi bererti kamu semakin hancur.

Mulut fitnah tidak berbau,
Berbunyi dengan laungan semangat,
Membawa kemunafikan kepada masyarakat,
Bersembunyi di belakang tabir kesyaitanan,
Biar kamu leka sedangkan kami mula bersiap sedia.

Bawalah berapa yang kau mahu,
Kemarilah bala tentera kamu,
Tidakkah kau sedar?
Yang hak itu akan menang,
Dan yang batil itu pasti tewas.

Kau mencipta kemenanganmu sendiri,
Sedangkan kau mula gentar membisu,
Dari setiap perkataan kau,
Suatu masa nanti kau tertewas jua.

Tertewas dengan Kalimah " Allahuakhbar "
Siapa lagi yang berhak ?
Kau atau tentera Allah,
Itulah kami penentang kejahilan,
Penghapus kerosakan.

Kau sangka kau semakin mencapai cita-cita,
Berhentilah berkhayal,
Kembali ke jalan Allah,
Kerna fitnah bukan Tuhan,
Kerna kau bukan kehebatan.

Berhenti !!
Kau kini di persimpangan,
Antara kau ingin dihancurkan,
Atau kau ingin bertaubat,
Kami bukan kejam,
Allah juga tidak kejam,
Marilah berubah dari namamu "fitnah" kepada "kejujuran"..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...