Monday, December 20, 2010

Berjaya dengan bersabar

 Hari ini merupakan hari keputusan peperiksaan bagi pelajar UiTM di umumkan di laman web UiTM.Mungkin sesetengah dari saudara dan saudari diluar sana apabila keputusan diumumkan,tentu tidak senang duduk.Bak kata orang melayu"mandi tak basah,tidur tak lena,makan tak kenyang..".Namun bagi saya,terimalah segalanya dengan kesenangan dihati.Keputusan itulah usaha kita.Jika keputusan baik,usahanya tentulah baik.Jika keputusan kurang baik,mungkin ada hikmah dan pengajaran disebalik ini semua.Saya sentiasa tersenyum kerna keputusan itulah usaha saya.Difikiran saya,di masa akan datang saya wajib pertingkatkan usaha saya.
Sudah sedar atau tidak?.Saya gagal dalam SPM saya.Saya tidak dapat peluang yang besar dalam melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi disebabkan keputusan peperiksaan SPM saya yang amatlah teruk.Ada diantara mereka yang rapat dengan saya memandang saya ini bukanlah bijak seperti yang lain.Saya tetap bersyukur kerana keputusan itulah ujian dan hikmah bagi saya.Sehingga kini,saya melanjutkan pelajaran dan rezeki yang melimpah telah saya nikmati.Anda tahu rezeki apa yang saya nikmati?.Rezeki mendapat kawan yang baik,kesenangan dan ketenangan jiwa yang mana saya lebih banyak melibatkan diri dengan agama semenjak saya berada di wilayah saya mencari ilmu iaitu di Kuala Lumpur.Sebelum ini terasa jahil saya,jauh dari Allah dan sukar menerima agama secara menyeluruh.Nikmat itu datang dengan izin Allah.Saya bersabar ketika mengambil keputusan SPM dan menerima segala-gala.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...