Monday, January 24, 2011

Kenapa hati ini resah ?

Manusia tidak henti-henti ditimpa kecelakaan,dugaan,musibah dan berbagai bentuk cubaan.Di sekeliling hidup ini adalah medan untuk kita tempoh kerna setiap penjurunya dikawal oleh cubaan dan musibah yang akan menimpa kita pada bila-bila masa.

Tidak disangka,ketika hati sedang bergembira .. Musibah datang tanpa diduga ..Ketika kita mula bersemangat dengan apa yang kita cuba perolehi , secara tiba-tiba matlamat itu hilang dan seakan-akan apa yang ingin kita kecapi itu juga kabur dari pandangan .. Allah berfirman " Tidak aku ubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri"..

Apa yang terjadi kini bukan untuk kita bersedih tetapi jalan untuk kita berusaha gigih untuk mengubah nasib ..Allah itu maha mengetahui ..DIA tahu apa yang terjadi pada hambanya dan apa yang terbaik buat hambanya..Sedangkan hati kita terus resah memikirkan "permata" yang mahu kita peroleh itu hilang dan berkecai..Hati merintih dan terus bersedih..Seakan-akan kita hilang arah dan tidak berhenti memikirkan akan apa yang terjadi.."Permata" bukanlah mudah untuk digapai dan diperolehi dengan hanya tangan kosong.. Jika mudah untuk kita perolehi itu ,ia lebih layak digelar "Zhulian"..

Kenapa hati resah ? ..Makanya pada siapa temat kita mengadu?..Allah atau hanya terus berdiam dan membisu..Kita ini ibarat pokok.Pokok memerlukan cahaya matahari untuk hidup.Memerlukan baja yang mencukupi untuk subur dan memerlukan air untuk sentiasa berada di tahap yang memuaskan.Jika tanpa cahaya matahari,baja dan air berkemungkinan pokok itu akan mati dengan cepat atau mungkin ia akan bertahan dalam tempoh masa yang amat singkat.

Begitulah juga hati dan manusia.Hati itu adalah penghulu bagi tubuh badan kita.Diibaratkan cahaya matahari yang terdapat di dalam hati itu ialah redha Allah.Redha Allah menerangi hati-hati manusia ini agar sentiasa redha dan taat kepadanya.Redha dalam erti kata menerima takdir Allah.Bersabar dan terus bersabar.Tidak terlupa juga berusaha untuk mengubah nya.Semakin hari hati ini perlu di bajai dengan mencari ilmu dan menambahkan ilmu di dada.Baja hati adalah ilmu agama.Ilmu itulah penyuluh bagi orang beriman.Hati yang dibajai dengan ilmu agama akan kuat .. dan dalam masa yang sama ia bagaikan air yang mencurah-curah seperti amal kita dalam setiap hari akan perintah Allah itu..Semoga hati yang resah akan menjadi kuat dan sentiasa bersama Allah..Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar..Wallahualam..

Wednesday, January 19, 2011

Hamba Allah itu kuat !

Bila sakit .. Semua orang mengatakan kita sering memberi alasan .. Sakit yang berlarutan ..Adakah kita yang menjadikan diri kita sakit atau ini qada dan qadar Allah ..Bila sakit,perlukah merasa sakit itu menyusahkan kita?..Tidak sebenarnya..Sakit itulah penawar bagi setiap hamba Allah.Terutama bagi seorang pelajar IPT,sering sakit secara mengejut.Ini semua dugaan dan cubaan pada diri pelajar itu sendiri.Terpaksa untuk tidak hadir ke kelas dan kadang-kadang sering dikutuk oleh kawan-kawan kerana sudah lama tidak kelihatan di kelas.Sedih dan sakit hati,itulah yang sering dirasai oleh setiap pelajar itu sendiri.

Bagi pihak kita,kita terpaksa menanggung kesakitan ini.Setiap hari kita menunjukkan muka kita yang ceria agar tidak diketahui oleh orang ramai akan penyakit yang kita hadapi.Namun balasannya kita dihina diluar sedangkan kita sering menyembunyikan penyakit itu.Bukanlah niat untuk tidak hadir ke kelas tetapi atas sebab penyakit,kita wajib memaksa diri kita untuk beristirehat.Kenapa? dan Apa yang harus kita lakukan?..Dua pertanyaan yang bermain difikiran setiap hamba Allah yang mengidap penyakit yang berlarutan.

"Hari ini kita ketawa dengan nikmat yang kita kecapi tetapi jangan terus tertawa kerana nikmat ini tidak kekal bersama kita,ini semua pinjaman"..Kita sihat,semua orang gembira dan rakan-rakan sering memuji kerajinan kita ketika sihat tetapi ketika sakit ramai juga yang akan menghina kita menyatakan kita malas.Hakikat sebenar hanya kita yang tahu.Hari ini kita ditimpa dugaan,esok kita ditimpa kesakitan dan hari esok kita gembira kerana segala-galanya telah selesai.Yakinkah kita hari yang akan datang kesenangan akan menjengah kita atau kesakitan yang datang kembali?..

Cuba anda perhatikan kehidupan ini.Hari ini anda memang kuat,esok anda lemah kerana dugaan dan Allah datangkan kekuatan dan kesenangan.Allah inginkan kita sentiasa kuat sebenarnya.Hamba Allah itu kuat.Bukan kuat tubuh badan tetapi kuat daya tahan mentalnya.Meredah dugaan tanpa melatah sedikit pun.Itulah hamba Allah.Aku disini terpaksa menerima takdir Allah,Allah memberikan kita kesakitan.Kerana apa?..mungkin juga kerna dosa yang lalu.Aku lemah,sudah lima hari tidak hadir ke kelas.Pasti mengundang pandangan buruk dari para pensyarah dan terutamanya rakan-rakanku yang tidak henti-henti memandang buruk terhadapku.Nasihat ibuku agar aku berehat sehingga sembuh.Memang aku merasa terhina kerana sering diperkatakan sebagai seorang yang pemalas sedang ketidakhadiran aku ke kelas bukanlah kerna sikap malas ku tetapi atas sebab kesihatan.Aku tidak mahu memaksa diri ini kerana akan datangnya mudarat pada tubuh ini.

"ALASAN" itulah yang dikatakan oleh rakanku kepadaku.Bagi kita umat islam dan hamba Allah.Jika benar kita sakit dan tidak mampu menjalani kehidupan seperti sedia kala,janganlah kita rasa lemah dengan semua itu.Allah dekat dengan kita.Kerana Allah tahu kita ini HAMBA tetapi Hamba ALLAH yang sebenar adalah hamba yang kuat.Wahai sahabat-sahabat,jika kalian pernah merasai keperitan hidup seperti aku ini.Percayalah,usah dilayan dunia yang menghina kita tetapi pandanglah Allah kerana pada Allah tempat kita bergantung.Manusia itu sifat memang suka menyalahkan antara satu sama lain.Jadi tidaklah menjadi kehairanan atas apa yang terjadi pada aku ini.Sahabat,KITA HAMBA ALLAH yang kuat.Rindu,kasih dan cintamu kerna Allah,Kamu akan menjadi kuat.Wallahualam...

Tuesday, January 4, 2011

Indahkan jiwa dengan zikrullah

Anda dirundung malang?..Memang tidak henti dugaan menjengah kita."Ahh,kenapa ini semua berlaku?" kata-kata yang datang dari mulut manusia setiap kali dugaan hadir tanpa diundang.Mengeluh ke kita atau kita tidak redha akan perkara yang berlaku.Seperti orang tidak siuman,pabila diberikan wang tetap terus menerus meminta tanpa segan silu.Mereka ini tidak henti-henti dengan sikap yang tidak baik.Merasakan dunia ini penuh kebosanan,jiwa kosong tanpa mengingati Allah.Jika hendak dikatakan mereke ini tidak bergama,mustahil sekali kerna ramai yang mengaku ISLAM tetapi sering merasakan bosan dengan kehidupan seharian yang mereka lalui.Benar atau tidak?..


Cuba kita lihat,begitu ramai remaja-remaja sekarang yang membunuh diri gara-gara putus CINTA.Asyik bercinta dengan dunia sehingga merasa bosan dunia.Dan pengakhirannya ialah melarikan diri dari kebosanan itu dengan membunuh jiwa mereka sendiri.Mereka ini tidak memahami CINTA sebenarnya.Mereka tidak cinta akan diri mereka sendiri.Malah membunuh diri itu menanda kan mereka ini tidak bersyukur dengan nikmat kehidupan yang dikurniakan oleh Allah swt.Satu golongan yang sering melakukan DOSA setiap hari,semakin ketagih dengan maksiat,tidak gentar dengan Allah.Mereka menyangka Allah itu buta rupanya.Jiwa hanya bertuhankan maksiat dan dosa.Pecaya atau tidak,sebahagian dari mereka menganggap Dosa=Syurga,..Pahala=Neraka.....


Usahlah berdalih dengan "statement" ini.Jika bertanya pada mereka,sudah tentu mereka akan mengatakan bahawa mereka menginginkan untuk masuk syurga.Hakikatnya,NERAKA yang mereka cari.Tiada usaha untuk mereka mengisi jiwa mereka dengan mengingati Allah.Zikir dengan niat agar kita terjaga dari melakukan dosa.


"Buat apa nak zikir-zikir,tua nanti baru lah kena zikir selalu" terucap dari bibir hitam yang mengaku hamba Allah tetapi sebenarnya HAMBA SYAITAN.Kononya mahukan syurga tetapi sedikit pun usaha tidak menuju ke syurga.Jiwa perlu di jaga dengan kalimah Allah.Pabila ingat pada Allah,maka kita akan beringat daripada melakukan dosa.



يا أيها الذين آمنوا إذا لقيتم فئة فأثبتوا واذكروا الله كثيراً لعلكم تفلحون
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung.” (al-Anfal: 45)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...