Wednesday, December 29, 2010

Dugaan bukti Cinta Allah

Mesti kepala ini runsing memikirkan masalah yang tidak henti kunjung tiba.Di saat kita dihadirkan dengan dugaan yang melemahkan jiwa kita ditambahkan lagi dugaan yang berlipat kali ganda yang seakan-akan menutup terus rapat-rapat kehidupan kita.Seakan-akan sudah tidak bermakna hidup ini.Anda tentu tertekan di saat anda ingin berhijrah ke penghidupan yang baru,tiba-tiba permulaan hijrah itu kita disambut dengan dugaan yang amat sukar untuk diterima di dalam usia kita yang muda ini.Perasaan memberontak dan tekanan jiwa yang amat sangat telah membawa kita kearah kekecewaan yang melampau sehingga kita lupa matlamat asal kita.Mungkin sesetengah dari anda mulai sedih dengan peristiwa yang menimpa,menangis dan menganggap "mengapa ini semua terjadi pada aku"..

Refleksi diri anda..Pernah sahabat saya berkata "Jika kita sering kata kita ni kuat,mana buktinya melainkan kita tabah dengan dugaan dan musibah yang datang pada kita"..Saya tersenyum.Cepat sungguh Allah membuktikan cintanya pada kita tetapi kita tidak nampak sebenarnya kecuali bagi mereka yang mencari.

Teringat saya ketika saya menaiki teksi untuk pergi ke suatu tempat yang ketika itu hujan turun dengan lebatnya.Berbual saya dengan seorang pakcik iaitu merupakan pemandu teksi itu.Agak singkat juga kami berborak.Bertanya saya kepada dia "pakcik,kenapa orang yang kita suka tidak pernah memahami apa yang kita buat dan kita sering dituduh begitu saja sedangkan kita ikhlas?"..Cukup mudah pakcik itu menjawab "anak,sebenarnya apa yang berlaku pada diri kita sekarang adalah berasal dari diri kita..kita tidak boleh mempersalahkan orang lain walau hakikatnya orang itu yang salah kerana mungkin tindakan kita itulah yang membuatnya tidak suka akan kita sehinggakan kita merasakan tidak dihargai..jadi kita sebenarnya tidak boleh menyalahkan orang lain tetapi kita harus muhasabah diri kita"..Selepas itu,saya meneruskan bicara saya dengan soalan-soalan yang masih terbuku di dalam fikiran saya "Pakcik,dugaan ini terlalu berat untuk saya pikul,setelah saya dilanda satu ujian dan saya terus dilanda ujian sehingga saya merasa terlalu lemah pakcik"..Pakcik itu tersenyum sinis dan berkata "anak,dugaan itulah kecintaan Allah pada kita..DIA nak lihat kita ini kuat atau tidak atau benarkah kita selama ini mencintai Allah itu sebenarnya"..

Lihat!!..Bukankah disaat kita dilanggar badai yang menimpa,petunjuk Allah juga menjelma.Indah sungguh dugaan ini bagi orang yang merasakan kemanisan iman.Allah tidak mahu melihat hambanya yang dia cintai terus leka dibuai duniawi.Di dalam kehidupan kita ini adalah seperti kita berada dalam suatu lingkaran yang amat berbahaya.Ada dua jalan diatas lingkaran itu,yang pertama ialah menuju cinta Allah dan yang kedua menuju cinta maksiat.Di atas jalan menuju cinta Allah kita akan hadapi berbagai rintangan yang Allah telah janjikan balasan yang setimpal pada siapa yang cuba memilikinya.Jalan ke arah cinta maksiat,tidak ada dugaan yang akan menimpa dan tiada bonus "hadiah" yang akan terima..Ini bermakna bukanlah mudah untuk mencapai cinta Allah itu.Dalam perjalanan mencari cinta Allah,terpaksa kita menghadapi kekecewaan,sedih dengan musibah yang menimpa dan sebagainya.Namun bagi sesiapa yang berjaya mengharungi dengan tenang dan akhirnya memiliki akan cinta Allah itulah orang yang kuat sebenarnya.Pabila tiba pada destinasi dan matlamat terakhir kita itu mencari cinta Allah,pasti ada diantara kita mahu menuntut balasan atau bonus "hadiah" dari Allah..Apa yang anda rasa jika setelah kita mendapat cinta Allah,tetapi Allah tidak memberi bonus?..Seperti kita memasuki pertandingan membaca Al-quran,setelah kita juara kita tidak diberikan hadiah?..Sudah tentu kita berasa marah.

Beginilah yang terjadi pada setiap hamba Allah itu.Fikir sejenak,mengapa Allah tidak memberikan bonus yang dijanjikan pada kita setelah kita berjaya ke garisan penamat iaitu cinta Allah?..Hakikatnya,kita sebenarnya belum cukup mencintai Allah.Dan inilah dugaan yang harus kita lalui.Kita tidak mendapat "bonus" itu kerana kita begitu cuai dalam memiliki cinta Allah walaupun kita sudah berjaya berada di penamatnya.Menoleh kebelakang,begitu banyak kesilapan kita dan murnikan niat anda bahwa dalam mencari cinta Allah "usahlah memikirkan "bonus" yang bakal kita miliki tetapi fikirkan bagaimana untuk menguatkan cinta kita pada Allah"..jika benar cinta kita pada Allah dengan ikhlas,maka suatu hari nanti Allah akan membalas juga perbuatan kita itu dengan kenikmatan yang kita tidak sangkakan.Hadapilah kehidupan yang penuh duri ini kerana di dalam menjalani perubahan pada diri,bukanlah mudah yang disangka.

Teman saya seorang bekas pelajar LCCI dan kini bekerja di sebuah Supermarket "Jusco"
 (Nur Athirah Bt Susami) telah mengirimkan sekuntum mesej mentarbiyah kan saya yang berbunyi "Istiqamah untuk berubah..berubah kearah kebaikan..sepanjang perjalanan perubahan itu,Allah tidak taburkan bunga tetapi Allah taburkan duri yang tajam menikam..bersabarlah dalam segala ujian Allah"..Terkesan saya dengan kata-kata ini kerna ia datang dari seorang yang amat bermakna buat saya,teman inilah yang akhirnya berjaya membawa saya ke jalan cinta Allah.Begitulah kita dalam perjalanan ini,pasti ada seseorang yang akan bersama kita namun jika kita sedih dan kecewa akan musibah dan dugaan ini..jangan malu untuk mengadu pada Allah kerna Allah itu maha mendengar..mengadulah pada DIA,pastikan tenang jiwa-jiwa yang pudar dan tawar..Memang cinta kita untuk Allah dan juga untuk insan yang mencintai Allah..Terapkan "REDHA" dalam diri kerana Allah suka akan orang-orang yang redha dengan masalah yang menimpa mereka..Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar..Ingat,jangan jadikan BONUS yang Allah janjikan itu sebagai pelemah semangat anda untuk mengejar CINTA ALLAH..

Tarbiyah cinta ini dari Allah,,
Segala-galanya hadir kerana cinta kepadanya..
Rindu,kasih dan cintamu kerna Allah..
InsyaAllah kita kan bersua disyurga yang hakiki..

=) ...Allah fi Qolbi..
Uhibbu Allah..Syukran Jiddan ..
-Inilah yang teman saya selalu katakan pada saya-

Thursday, December 23, 2010

Dunia dan Manusia

Manisnya hidup ini..
Pahit menyapa seketika..
Tetap leka dan Alpa,,
Dek kecantikan hiasan dunia yang penuh menggoda..

Seketika nafas dihembus..
nikmat rasanya udara ini..
Siapa pemilik segalanya..
Salahkah aku menggunakan segalanya..

Khuatir nikmatkan ditarik..
Makin leka dan Alpa dalam menikmatinya..
Seharian penuh dosa dan noda..
Tanpa rasa takut dan gentar..

Esok dan akan datang..
Terus masa berlalu...
Bukan diminta tetapi berlalu dengan rela..
Manusia tetap ketawa dengan dunia..

Sejauh mana nikmat ini..
Makin jauh kita dengan illahi..
Hanyut dibuai asrama sentuhan duniawi..
Manusia memang begini..

Nikmat adalah kurniaan..
Nikmat adalah ujian..
Nikmat juga godaan..
Untuk lupakan kita pada Tuhan..


Manusia dan Dunia..
Ibarat Semut dan Gajah..
Gajah akan memijak semut..
Seandainya semut tidak bijak berfikir..


Begitulah manusia..
Andai terus rakus di atas dunia..
Pasti dunia memijak manusia..
Tanpa mengira sesiapa sahaja...


Manusia..

Siapa anda sebenarnya??

Berbicaralah dengan hati..carilah cinta Illahi...


Rindu,Kasih dan Cintamu kerna Allah..


Selamatlah kamu dunia mahupun akhirat..


=)







Wednesday, December 22, 2010

Masih Muda

Tahun 2011 makin menyapa kita.Bermakna semakin lama semakin meningkatnya usia kita.Dari yang umur 17 tahun telah pun berusia 18 tahun yang merupakan permulaan ke arah mencari penghidupan sendiri di luar.Belajar di IPT,berada jauh dari Ibubapa menjadi lumrah bagi yang menuntut ilmu di perantauan.Begitu juga ada yang menjadikan tahun baru ini sebagai tahun bermulanya kehidupan bersuami isteri.Hakikatnya semakin terkedepan usia kita semakin berat tanggungjawab yang harus dipikul.

Bertanya kepada seorang sahabat "Ahmad,umur kau dah 20 tahun"

Ahmad menjawab "Baru 20 tahun,muda lagi la bro"

Perkataan "aku masih muda" memang biasa di kalangan remaja zaman kini.Terutama remaja yang terbiasa dengan kehidupan yang serba kesenangan.Mereka lupa.Hari semalam telah berlalu.Hari ini adalah hari yang baru.Namun pastikah kita hari esok akan menjelma buat kita?..Muda itu memanglah muda dari kaca mata seorang manusia.Cuba perhatikan kembali.Kita sering merasakan hidup kita masih di awal usia.Saya juga turut terfikir bahawa kita ini masih ada masa yang lama tetapi hendakkah kita persiakan masa sekarang?.

Usia manusia terbahagi pada empat "bayi,kanak-kanak,remaja dan tua".Ketika bayi kita ditatang bagai minyak yang penuh oleh ibu bapa kita,pabila meningkat kanak-kanak kita di ajarkan dengan sifat-sifat kanak-kanak seiring dengan syariat.Seterusnya kita mula meningkat remaja,mencari halatujuan di luar.Bijak membuat keputusan untuk menentukan masa hadapan.Tahap terakhir kita singgah pada usia tua yang terlalu singkat untuk terus kita menjelajah ke alam barzakh.

Usia remaja "18 - 40 tahun".Dalam jangka masa 22 tahun itu,tenaga kita masih kuat.Gunakanlah untuk kebaikan.Tetapi ada diantara kita menjadikan tempoh masa ini untuk "enjoy menikmati dunia".Bukanlah menyalahkan mereka cuma jangan sampai "enjoy menikmati dunia" tak sempat pula hendak "enjoy menikmati syurga".Itulah kesalahan kita.

Menjegah 40 tahun,badan mula sakit dan lemah.Mampukah kita mencari amal yang banyak dalam usia tua kita?.Sedangkan ada riwayat mengatakan Nabi Muhammad meninggal pada usia 60.Itu nabi,nabi penuh dengan pahala dan maksum dari dosa.Siapa kita untuk di bandingkan dengan nabi?.Kita ini telah lari dari dosa,lantaran itulah dalam sesingkat usia ini perlu digunakan sebaiknya.20 tahun tidaklah muda.Hanya yang mengetahui bila dia akan mati sahaja yang boleh mengatakan mereka muda atau tidak.

Perhatikan.Seseorang yang tahu dia akan mati pada esok hari,pasti dia akan merasakan hari ini adalah hari tua dia kerana dia semakin hampir di penghujung usia.Dan bagi yang mengetahui mereka akan mati dalam tempoh contohnya 20 tahun lagi,tentulah hari ini merupakan usia yang muda buatnya.Itulah beza diantara dua golongan tersebut.Siapa yang ingin kita contohi?.

Ramai yang merasakan mereka akan mati dalam tempoh masa yang lama daripada sekarang.Sungguh menyedih!..Lupanya mereka yang nyawa ini adalah pinjaman.Pinjaman diberi oleh Allah secara percuma tanpa sebarang bayaran.Cuma setelah tibanya hari Allah meminta kembali barang yang dipinjamkan ini,adakah kita berkeras hati untuk memulangkan semula?.Manusia sombong dengan pinjaman yang diberikan ini.Sedangkan mula-mula Allah memberikan pinjaman nyawa pada kita,kita telah berjanji yang kita akan sujud padanya.Selepas itu,kita kian alpa setelah diberikan pinjaman nyawa.Kita pergunakan nyawa untuk melakukan maksiat.Manusia memang sombong dan pembohong.

Begitu juga dengan peminjam hutang di Bank.Mula-mula kita meminta pinjaman,kita telah menanda tangan pada surat perjanjian mengikut perjanjian dan syarat-syarat yang ditetap dan tiba masanya kita akan melunaskan semua hutang kita.Namun,kita tetap melanggar perjanjian itu.

Allah itu maha pemurah.Manusia pula sanggup menipu Allah dengan janji-janji asal kita yang cukup indah.Bayangkanlah jika Allah itu bersifat kedekut pada awalnya,tentu dia tidak akan percaya dengan kata-kata manusia yang memang pembohong.Sudah pasti Allah tidak akan mudah untuk meminjamkan kita nyawa.Tetapi Allah itu maha pemurah,Allah maha pengasih.Dia tidak bakhil malah terus meminjamkan nyawa ini walaupun kita seharian menipu Allah.Sulunglah hati saudara dan saudari semua.Betapa hina nya kita ini.Tidak pernah bersyukur dengan kehidupan.Begitu asyik dengan usia yang disangkanya muda sedangkan berkemungkinan keesokan harinya Allah akan mengambil nyawa kita."Masih muda"?.Tidak,anda semakin tua sebenarnya.Itu realiti,Usah menipu diri Anda.Hari ini anda merasakan muda tetapi esok adalah hari terakhir anda.Gunakan masa muda anda ini untuk sujud kepada nya.Tarik nafas,Muhasabah diri dan tabiyah diri.Anda wajib rindu,kasih dan cinta pada Allah.InsyaAllah anda akan ditarbiyah oleh cinta yang datang dari Allah.Wallahualam..

Surah Al-Hujurrat ayat 15 -Firman Allah "Sesungguhnya orang-orang mukmin yang sebenar adalah mereka yang beriman kepada Allah dan Rasulnya,Kemudian mereka tidak ragu-ragu,mereka berjihad dengan harta dan jiwa dijalan Allah.Mereka itulah orang-orang yang benar.

Kehidupan kita adalah lautan untuk diselami..
Dasarnya ialah kita akan temui cinta Illahi..
Adaptasikan cinta kita pada Illahi..
Ketika usia kita muda Ini..

Monday, December 20, 2010

Berjaya dengan bersabar

 Hari ini merupakan hari keputusan peperiksaan bagi pelajar UiTM di umumkan di laman web UiTM.Mungkin sesetengah dari saudara dan saudari diluar sana apabila keputusan diumumkan,tentu tidak senang duduk.Bak kata orang melayu"mandi tak basah,tidur tak lena,makan tak kenyang..".Namun bagi saya,terimalah segalanya dengan kesenangan dihati.Keputusan itulah usaha kita.Jika keputusan baik,usahanya tentulah baik.Jika keputusan kurang baik,mungkin ada hikmah dan pengajaran disebalik ini semua.Saya sentiasa tersenyum kerna keputusan itulah usaha saya.Difikiran saya,di masa akan datang saya wajib pertingkatkan usaha saya.
Sudah sedar atau tidak?.Saya gagal dalam SPM saya.Saya tidak dapat peluang yang besar dalam melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi disebabkan keputusan peperiksaan SPM saya yang amatlah teruk.Ada diantara mereka yang rapat dengan saya memandang saya ini bukanlah bijak seperti yang lain.Saya tetap bersyukur kerana keputusan itulah ujian dan hikmah bagi saya.Sehingga kini,saya melanjutkan pelajaran dan rezeki yang melimpah telah saya nikmati.Anda tahu rezeki apa yang saya nikmati?.Rezeki mendapat kawan yang baik,kesenangan dan ketenangan jiwa yang mana saya lebih banyak melibatkan diri dengan agama semenjak saya berada di wilayah saya mencari ilmu iaitu di Kuala Lumpur.Sebelum ini terasa jahil saya,jauh dari Allah dan sukar menerima agama secara menyeluruh.Nikmat itu datang dengan izin Allah.Saya bersabar ketika mengambil keputusan SPM dan menerima segala-gala.

Sunday, December 19, 2010

Muslimah Syurga

Siapa hamba Allah yang tidak ingin untuk memasuki syurga Allah?.Jika bertanya kepada sekumpulan penjenayah mahupun penjahat,pasti jawapan mereka ialah mereka mahu memasuki syurga.Cuma usaha mereka ke arah itu tiada.Syurga memang cita-cita kita semua untuk merasai nikmatnya.Tidak termampu akal manusia dalam memikirkan betapa nikmatnya syurga yang diberikan Allah kepada hamba-hambanya yang soleh yang Allah telah janjikan.Tua,muda,lelaki mahupun perempuan sudah pasti mengidamkan syurga untuk mereka ditempatkan di akhirat kelak.Saya pernah menitiskan air mata ketika mengingati adakah saya ini layak untuk memasuki syurga.Persoalan ini sering bermain di fikiran saya.Menitis air mata saya.Alhamdulillah hati saya masih segar untuk memikirkan tentang taubat nasuha.Anda bila lagi?.


Saya melihat suasana kini sungguh merisaukan.Keadaan dunia dihiasi yang tidak sepatutnya.Pergaulan bebas,pendedahan aurat,hiduran tanpa had sehingga melanggar hukum Allah terus menghiasi dunia.Nabi pernah berpesan "“Tidaklah aku meninggalkan fitnah setelahku yang lebih berbahaya bagi kaum lelaki melainkan kaum wanita” (Muttafaqun ‘alaih)..


Buka mata wahai wanita.Cukup besar peringatan dan pesanan nabi itu buat saya dan kaum Adam diluar sana.Saya saksikan terlalu ramai wanita islam kini hancur di arus zaman.Kononnya mereka moden dan mengikut trend masa kini.Ke mana perginya Al-Quran dan Sunnah?.Trend itu Al-quran kah?.Boleh diubah-diubah mengikut kehendak atau mereka ini leka dan lupa dengan Allah Aza wajalla.Saya menangis memikirkan rakusnya dunia memakan wanita.Berpakaian ketat,tidak bertudung tetapi bercita-cita inginkan syurga.Beginilah umat akhir zaman yang semakin hari semakin dekat dengan kiamat.


Muslimah yang dirindui Allah.Takutlah pada Allah.Hormat pada yang esa.
Firman Allah "sembunyikanlah perhiasan kamu kecuali yang zahir" surah An-Nur :31.
Auratmu wahai muslimah adalah keseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan.Turutilah perintah Allah ini dan kamu akan peroleh syurga.Inilah kehormatan buat wanita.Seperti pokok kaktus,tidak boleh dipegang kerana berduri tetapi nampak cantik jika dipandang.Mahalnya dirimu wahai wanita.Kehormatan muslimah adalah aurat.Terdedahnya aurat maka semakin berkurangnya kehormatan.


Muslimah itulah permata yang sukar dicari walau cahaya menyinari.Anda amat berharga buat agama namun jika tidak dipelihara anda akan menjad fitnah kepada dunia.Saya akui wanita cukup bertuah kerana Allah menjanjikan syurga dengan hanya bersandar 4 perkara.Sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)


Sekarang apa yang anda rasa.Mesti rasa seronok dan gembira mendengar khabar berita dari Allah ini.Inilah janji Allah dan Allah tidak pernah memungkiri janji.Cuba hati yang telah menjadi batu sahaja yang tidak merasakan berita dari Allah ini bermakna buat mereka.Solat,berpuasa,menjaga kehormatan dan taat pada suami itulah syarat-syarat penghuni wanita syurga.Saya melihat muslimah sekarang sudah bersolat,berpuasa tetapi yang utama iaitu menjaga kehormatan amatlah jarang saya dapat melihatnya.Memang ada tetapi segelintir.Takut-takut lama kelamaan tiada langsung.Menjaga kehormatan itulah menjaga aurat,tingkah laku,adab dan segalanya berkaitan Akhlak.Pernah suatu riwayat mengisahkan Nabi Muhammad pernah berpesan kepada Aisyah isteri baginda supaya aisyah menutup mulut nya ketika berbicara dengan lelaki,ini agar bicara nya akan terhindar dari maksiat.Cuba kita perhatikan,nabi berpesan sedemikian kepada isteri adalah kerana baginda mahukan agar pabila berbicara dengan yang bukan mahram,suara perempuan perlu dijaga.Bukan suara untuk bermanja-manja tetapi suara yang menghindarkan lelaki dari tergoda.


Sebahagian dari muslimah pasti sudah mengetahui bahawa anda harus menundukkan sebahagian dari pandangan anda ketika berbicara dengan bukan mahram.Mata itulah senjata buat wanita.Senjata kadangkala berguna tetapi kadangkala membawa bencana.



Ketahui lah anda adalah tamsilan kepada keindahan, namun begitu anda jua adalah tamsilan kepada kerosakan & kemusnahan.
Tuhan menjadikan wanita untuk menghiasi bumi ini. Tanpa wanita dunia ini terasa sempit & tidak seronok untuk didiami. kaum lelaki akan berasa rimas sebagaimana Nabi Adam A.S. pernah dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi kenikmatan di syurga. Lalu baginda memohon kepada tuhan agar dijadikan seorang teman agar boleh dia berbicara, bergurau senda & membina sahsiahnya. makan terciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk kiri Nabi Adam A. S. & segala kenikmatan syurga disekeliling terasa wujud...

Tanpa Permaisuri siapakah lelaki yang digelar raja , 
Tanpa isteri siapalah lelaki yang digelar suami 
Tanpa wanita siapakah lelaki yang mahu digelar pemimpin. 

Tanpa perempuan siapakah lelaki yang digelar ayah...
Seorang wanita terutama yang bergelar isteri cukup mudah untuk memasuki syurga tetapi seorang wanita juga amat mudah dilemparkan ke neraka . segalanya bergantung kepada agamanya..
Lihatlah Peranan Wanita-Wanita Ini..


Tanpa Siti Khadijah , barangkali Rasulullah S.A.W. tidak mendapat 'dorongan' yang amat diperlukan untuk terus bangkit , berpegang teguh kepada keyakinannya & menyebarkan Islam sebagaiman semestinya. 
Tanpa Aishah , barangkali banyak hadis Rasulullah S.A.W. tidak sampai kepada umat islam seluruhnya. 
Tanpa Fatimah Az-Zahrah, barangkali Sayidina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasulallah S.A.W. yang amat disayangi. 
Tanpa Asiah, barangkali Nabi Musa A.S. tidak terbela hingga menjadi penentang kepada suaminya yang amat kufur & mengaku tuhan itu. 
Tanpa Masitah , barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut didepan matanya. 
Tanpa wanita , siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya dari perut wanita...
Lihatlah Pula Peranan Wanita-Wanita Ini..

Seorang wanita yang menjadi isteri kepada Nabi Nuh A.S. telah bertukar menjadi seorang penentang kepada kebenaran, 
Seorang wanita di zaman permulaan Islam sanggup melapah dada Sayidina Hamzah & menguyah hatinya, 
Seorang wanita tergamak meletakkan najis unta ke kepala Rasulullah S.A.W. Serta dalam sejarah manusia sejagat ramai wnaita menjadi pendorong kepada kemaksiatan, kekufuran, kehancuran & kemusnahan ..

Saya juga adalah dikalangan kaum Adam.Teman saya pasti seorang wanita muslimah dan selari dengan itulah muslimah perlu dipelihara agar muslimah menjadi permata buat agama.Tarik nafas.Muhasabah dan tarbiyah diri.Andai rindu,kasih dan cinta mu letaknya pada Allah.Tentu kamu semua berjaya insyaAllah.Massalamah.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...