Saturday, December 18, 2010

Mukadimah

Assalamualaikum kepada Para Sahabat-sahabat,
Bermulanya Hari bertarikh 18 Hb 12 tahun 2010,telah terbentuknya satu blog yang insyaAllah akan menjadi medan dakwah bagi saya dalam mengajak umat akhir zaman ke arah mencintai Allah dan Rasulnya.Di kesempatan yang terbatas ini,dengan penuh kesyukuran kehadrat Illahi saya akan berusaha sedaya yang mungkin dalam melakukan suatu penghijrahan yang bukan hanya tertumpu pada fizikal semata-mata tetapi turut merangkumi penghijrahan rohani dan akhlak di dalam diri kita serta pada diri saya.Bukan mudah membawa suatu tanggungjawab sebagai pendakwah dan pemimpin pada agama Islam ini kerana inilah amanah yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada umat manusia dalam menjadikan muka bumi ini sebagai salah satu tempat dalam kita mengumpul segala amal kita agar apa yg kita lakukan ini dapat dibawa ke akhirat kelak dan insyaAllah segalanya akan memberi manfaat kepada kita semua ketika dihisab.Perlu kita sedar musuh-musuh islam semakin rancak merancang strategi dalam menumpaskan umat islam,bukan hanya mereka menyerang dengan persenjataan yang canggih tetapi mereka cuba menyerang kita dengan mengkaburkan kehidupan umat islam dari mengikuti Al-Quran dan As-Sunnah.Sedar atau tidak,inilah hakikat yang perlu kita hadapi dalam menjadi umat akhir zaman ini dan serentak dengan itu terlintas di hati saya bahawa saya juga berperanan dalam melawan serta menolak arus serangan bertubi-tubi dari musuh Allah.Dengan itu,terbinanya medan dakwah ini agar ia berperanan sebagai panduan dalam kita lebih mendekatkan diri kita pada Allah dan mengalakkan kita agar lebih mencintai Allah dan agama kita.Semoga ini dapat dimanfaatkan demi kemaslahatan umat sejagat.Wallahualam,,letakkanlah cintamu buat Allah..Wassalam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...