Tuesday, May 17, 2011

Hebatnya diri kita , kerna kita sesempurna kejadian ..

"Kita ini manusia biasa , banyak kelemahan yang kita lakukan" ..ini kata-kata yang selalu kedengaran setiap kali sesuatu kesalahan itu dilakukan oleh seseorang.Mengatakan diri ini lemah , tiada daya , tidak punya kekuatan , kita manusia biasa merupakan kebiasaan yang terkeluar dari mulut setiap manusia.

Manusia sememangnya lemah jika dibandingkan dengan Allah.Suatu hakikat yang kita kian lupa bahawa Allah telah menyatakan bahawa "manusia itu sebaik-baik kejadian".Ini menandakan bahawa manusia itu sempurna pada asalnya.Tiada istilah "tidak sempurna" dan sebagainya dalam diri manusia.Kita diciptakan dari tanah , dikatakan jijik dan kotor.memang benar kita ini martabatnya rendah jika hendak dibandingkan dengan Allah namun kita dijadikan lebih sempurna dari makhluk lain.Manusia itu ada nafsu , iman , rasa takut , berani , lemah lembut , garang dan berbagai perwatakan yang ternyata berbeza berbanding makhluk lain.

Perumpamaan seperti membuat kek coklat.Kita telah diberi ramuan dan bahan-bahan yang berkualiti yang mana ini berkehendak untuk kita menyediakan suatu pembuatan kek yang bermutu serta kelazatan kek yang enak.Tidak semua kek akan terhasil dengan rasa yang sama jika setiap dari 10 orang yang diarah menyediakan kek itu dengan bahan yang tersedia.Mungkin sebahagian sahaja yang berjaya dalam menghasilkan kek yang enak dan mungkin juga tiada seorang yang berjaya menghasilkan kek yang terbaik walaupun pada asalnya mereka telah disiap sediakan dengan bahan yang bermutu.Itu tidak menjadi jaminan dalam pembuatan kek yang terbaik.

Dari situasi yang terjadi , ternyata bahawa diri kita sendiri yang membentuk diri kita sendiri.Kejadian asal manusia adalah sempurna.Setiap manusia dihembus roh dari tuhan yang sama dan diberi kitab Allah iaitu AL-quran dan sunnah Rasulullah sebagai panduan , jika di lihat berapalah ramai sangat yang mengikuti Allah dan patuh pada ajaran Nabi Muhammad.Semua ini terbentuk atas kesedaran diri dan kesungguhan dalam menjadi yang terbaik.Manusia itu memang sempurna , dikurnia akal untuk berfikir .Bukan semuanya menggunakan akal yang dikurniakan , cuma yang memahami akan mengetahui bagaimana menggunakan akal fikiran ke arah kebaikan.

"Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya) , serta mengilhamkannya untuk mengenal jalan yang membawanya kepada kejahatan , dan yang membawanya kepada ketakwaan" .. ( surah As-Syam : 7-8 ) ...

Allah telah mengilhamkan kita dengan ilham dalam pembahagian dan membezakan antara yang baik dan yang buruk."Tiada istilah kita manusia biasa dan tidak terlepas dari melakukan kesilapan" kerna kita sendiri punyai kekuatan untuk mengubah.Adakah menjadi suatu perkara yang biasa jika kita sering melakukan kesilapan dan kita asyik berkata dengan perkataan "aku manusia biasa , sentiasa melakukan kesilapan" sedangkan diri sendiri tidak berusaha mengubah diri .

"Tidak aku ubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri" , firman Allah yang tegas menyatakan bahawa manusia itu sendiri yang menjadikan diri mereka lemah dan kuat berpandukan amalan mereka serta usaha mereka dalam memperbaiki kehidupan.

Bagi saya , tidaklah saya katakan manusia itu "perfect" dan tidak melakukan dosa tetapi kita ada kekuatan untuk melawan maksiat dan menjauhi dosa.Panduan kita adalah Al-quran dan As-Sunnah .Itu senjata kita dan itu ubat kita dalam menangkis dunia.Manakan mampu tentera muslimin memenangi peperangan dengan orang-orang kafir dan orang-orang musyrikin jika tidak menggunakan senjata yang dua ini kerna kita tahu tiada kekuatan yang mampu melawan mereka selain adanya kekuatan Al-quran dan As-Sunnah.Sama-sama kita renungi dan muhasabah diri kita ,, Wallahualam ,, Wassalam ..

Berbeza ... Robot ini juga ingin berubah ke arah kebaikan agar ia dapat memberi manfaat kepada orang lain..
Anda bila lagi , berikanlah manfaat yang ada dalam diri anda kepada agama kita ..
Dan lakukan perubahan kerna kelemahan bukan sentiasa tetapi kehebatan itu sudah pasti nyata !!!

"Akhi Muhammad Shazni , Menyingkap pintu Firdausi" ...

Thursday, May 12, 2011

Tarbiyah Cinta Dari Allah Episod Pertama...Apa yang anda faham? ..

Kengkangan menjadi manusia yang patuh pada agama dan Allah semakin sukar untuk direalisasikan.Watak sebagai seorang muslim tidak memungkinkan seseorang itu mudah untuk mematuhi agama.Maka lihatlah di akhir zaman nanti akan hancur lebur moral dan akhlak umat islam.Mereka ini bukan dalam kategori lemah , bukan juga dalam kategori sombong bahkan mereka ini adalah orang penting , orang ternama , bijak pandai tetapi hilang pegangan atas dasar-dasar dan kemahuan diri yang berlampiaskan nafsu semata-mata.Manakan tidak,air yang dihidangkan belum sempat diletakkan di atas dulang telah pun di rampas dan diteguk habis-habisan seakan-akan mereka ini haus.Ini adalah perumpamaan bagi yang tidak pernah puas dengan dunia.Pada mereka , dunia andai tidak dikejar dengan cepat dan tangkas mana mungkin kekayaan mampu dikecapi , mana mungkin mampu jadi terkenal jika tidak mengikut pada dunia.Siapa mereka ini? .Bukankah Allah itu menjadikan dunia sebagai landasan yang begitu rapuh untuk kita mengumpul sebanyak-banyak amalan dan ibadat untuk dibawa di hari Hisab nanti.Kekuatan itu bukan terletak pada kuatnya jasad tetapi terletak pada terbitnya cinta buat yang Maha Esa.Ungkapkan sahaja kata-kata yang bersemangat sedangkan hati dan iman begitu rapuh ditelan dunia yang begitu bijak menjadikan manusia itu menjadi lupa segala-galanya.

Kehendak yang menjadikan manusia itu seakan-akan bijak , itulah kehendak nafsu.Memang nampaknya bijak tetapi iman jauh sekali ada pada hati mereka.Kerna suatu nafsu yang membuak, mereka merasa khuatir jika dunia ini tidak dapat dinikmati.Pada yang beriman , tentunya sekali dunia ini adalah amat merbahaya pada mereka jika mereka terus leka dengan kesenangan dan kemodenan yang tersedia sekarang ini.Kehendak manusia memang berbeza.Perbezaan di antara seorang manusia dan seorang manusia adalah amat berbeza.Andai semuanya punyai satu kehendak , tidak akan sempurna kehidupan.Sempurna nya kehidupan ialah tidak lengkaplah kehidupan manusia jika semua nya punyai kehendak yang sama.Namun jika punyai matlamat yang sama , pastinya ia adalah suatu kekuatan yang mampu mengubah dunia ini menjadi suatu refleksi kehidupan yang begitu mengagumkan.

Di sini , kehendak itu adalah lonjakan dari suatu kemahuan yang melampau walaupun mereka ini tidak mampu mengecapinya.Kehendak itu akan menyebabkan manusia itu tidak peduli akan orang lain.Mereka melakukan kerja seorang diri.Pentingkan diri sendiri adalah perwatakan peribadi mereka.Semua atas kesenangan diri sendiri dan bukan untuk kesenangan sejagat.Kehendak itu terjadi kerna mahu sesuatu yang dikatakan mencabar seperti inginkan kekayaan dengan jalan singkat.Maka terjadinya rasuah,gila kuasa,melakukan fitnah berleluasa dan melakukan pengkhianat terhadap sesama manusia atas sebab meletakkan kemahuan diri itu sebagai teras memuaskan nafsu mereka.Tidak akan puas sampai bila-bila.Walaupun perkataan dari mulut mereka ini mengatakan kemahuan mereka itu adalah MATLAMAT mereka , tetapi itu tidaklah boleh diketegorikan sebagai MATLAMAT kerna asalnya matlamat ini adalah berusnsur niat yang murni.

Matlamat itu punyai pembukuan yang punyai isi yang menegakkan kebenaran.Matlamat membawa kesenangan buat umat sejagat.Matlamat untuk direalisasikan dengan hanya berpedomankan Al-Quran dan sunnah.Matlamat konsep yang begitu terulung kerna di saat Nabi Muhammad mahu menegakkan Islam di Mekah , matlamat utamanya ialah meletakkan Al-Quran dan Sunnah itu sebagai perlembagaan pemerintahannya.Inilah yang dinamakan matlamat di mana kebajikan umat sejagat itu terpelihara bersama-sama dengan Al-quran dan As-Sunnah di sisi perintah Allah buat manusia.Nabi Muhammad tidak pernah meletakkan kemahuan pada dasar kerna kemahuan manusia itu tidak akan memberi kebaikan kepada manusia yang lain malahan kemahuan itu lebih menjuruskan kepada memporak-peranda kan sesama manusia.

Jika diambil contoh , seseorang yang ternama itu ingin meneruskan legasi pemerintahan dengan matlamatnya mahu terus memerintah negara.Padahal , kebajikan rakyat itu tidak dijaga,rasuah berleluasa dan memburukkan lagi keadaan negara.Mereka memang pandai bercakap, pandai menyatakan dia di pihak yang benar tetapi matlamatnya itu sebenarnya bukanlah MATLAMAT yang bercirikan islam tetapi lebih kepada kehendak kerana kehendak itulah yang mengajar dia untuk terus menjadi ketua negara dan terus menerus menindas rakyat secara senyap.Rasulullah pernah bersabda bahawa akan ada di akhir zaman , orang yang pandai berkata-kata sedangkan mereka ini memakan makanan yang enak-enak , memakai baju yang mahal-mahal dan pandai menyatakan mereka ini melakukan kebaikan tetapi sebenarnya mereka ini fasiq dan lebih utama terlalu banyak memakan duit haram iaitu rasuah.

Episod Tarbiyah Cinta Dari Allah Episod Pertama ini dengan persoalan "Apa yang anda faham?" akan merungkai seribu persoalan apa yang terjadi dalam masyarakat kita yang selama ini kita tidak sangka dan mungkin kita menyangka tetapi kita tidak pernah mengambil pengajaran dan langkah untuk menanganinya.Dan dalam episod ini , penulis hanya akan menjelaskan maksud kehendak dan matlamat yang begitu berkait rapat dengan apa yang terjadi di zaman sekarang ini.Ia telah terjadi dan sedang terjadi dan sewajibnya kita sebagai umat manusia harus mengetahui hakikat ini.Berjumpa kita pada episod akan datang dengan kupasan selanjut pada episod kedua "Apa yang anda faham?"...Assalamualaikum....

Sunday, May 8, 2011

Bersederhanalah di dalam berjenaka .. Ada batasnya !!

Bukan dalam pergaulan sahaja kita punyai batasan nya .Begitu juga di dalam setiap gerak geri tingkah laku kita harus ada batasnya juga.Dalam menjadi sebahagian dari kehidupan di muka bumi ini , kalian pasti tidak bisa lari dari jenaka.Bertebaran di mana sahaja , menjadi suatu kebiasaan dalam hidup ini menjadi jenaka sebagai pengubat di kala terlukanya hati dan suatu bentuk gaya hidup yang menceriakan hari-hari kalian semua.Persoalannya , bisa atau tidak kita terus berjenaka dan berjenaka seharian ..

Berjenaka tidak menjadi suatu kesalahan kerna ia amat diperlukan dalam kehidupan.Kehidupan ini suatu bancuhan yang perlu ada manisnya di dalam bancuhan itu .Suatu ketika , semua manusia menjadi serius !! .. Pasti tiada siapa yang sanggup hidup lama kerna terkawalnya hati ini dengan sikap serius dan tanpa jenaka di dalam perjalanan kehidupan.Sedangkan Rasulullah juga sering berjenaka dengan masyarakat di sekelilingnya . Di dalam suatu riwayat , seorang wanita tua berkata kepada Rasulullah "Ya Rasulullah , doakan aku agar aku masuk ke dalam syurga" ..Rasulullah berkata "ketahuilah di dalam syurga tiada seorang pun orang tua"..Setelah wanita tua itu mendengar kata-kata Rasulullah itu , dia terus menangis .Namun setelah itu , rasulullah tersenyum dan berkata "Bukanlah aku kata tiada orang tua yang memasuki syurga tetapi ini kerana semuanya telah berubah menjadi muda seperti gadis-gadis perawan" ..Itu lah gurauan Rasulullah.Sesungguhnya telah disabdakan di dalam sebuah hadis riwayat Al-Tirmizi "Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tiada mengatakan sesuatu itu melainkan yang benar"..Dari tafsiran hadis ini ,Rasulullah membenarkan umatnya bergurau kerna baginda juga sering bergurau dengan sahabat-sahabat.Baginda tidak menghalang umatnya untuk berjenaka dan bergurau.Tetapi segalanya ada batasan .

Kalian sering mengerti , bergurau dengan apa sahaja caranya adalah dibenarkan sedangkan garis panduan dalam bergurau adalah satu iaitu bergurau dengan kenyataan yang benar.Maksud bergurau dengan kenyataan yang benar ialah bergurau/berjenaka itu tidak boleh dibuat-buat atau direka-reka semata-mata untuk membuat orang dihadapan kita ketawa.Contohnya mudah iaitu yang terpapar dalam program realiti yang berunsur jenaka mahupun filem-filem yang sarat dengan jenaka yang hanya dibuat-buat semata-mata ingin membuatkan penontonnya ketawa.Bukanlah tidak boleh berjenaka di hadapan orang ramai tetapi lihat sahajalah jenaka kini semua nya penuh dengan dusta dan kebanyakan "lawak bodoh" yang langsung tidak berfaedah semata-mata membazirkan masa yang terluang.

Rasulullah saw bersabda "Sesiapa banyak ketawa nescaya orang ramai bakal meremehkannya" .Kebanyakan hiburan masa kini semuanya berbentuk jenaka.Program realiti lawak jenaka yang kononnya menjadi platform bagi mencungkil bakat berjenaka menyebabkan segalanya dihalalkan.Peserta-peserta program lawak jenaka ini ibarat diperbodohkan di hadapan orang ramai malahan mereka sebenar memperbodohkan diri sendiri semata-mata dengan matlamat ingin menceriakan hati orang lain.Bukankah mereka ini melakukan lawak jenaka hanya berpura semata mata.Jenaka yag dilakukan semua itu dibuat-buat semata-mata.Tidakkah itu dikatakan berbohong ? , berdusta dan dan setiap perkataan yang terucap dari mulut mereka semuanya dusta dan dibuat semata-mata.Inilah penyebab jenaka yang dilakukan masyarakat kini boleh diketegorikan sebagai jenaka yang berdosa.

Bertapa Rasulullah itu menitik beratkan sikap bercakap jujur dari setiap inci perkataan yang terkeluar dari mulut kita.Dari sekecil-kecil perbuatan yang kita sangkakan ini juga memerlukan percakapan dengan kejujuran.Ramai yang sering mempersoalkan , bila ada dikalangan orang di dalam masyarakat cuba menyatakan bergurau itu ada halal haram nya dan bergurau/berjenaka yang sering dipaparkan di kaca televisyen adalah diketegorikan sebagai "tidak dibenarkan" di dalam agama , maka dari anak muda sehingga golongan warga emas , semuanya akan mengata betapa jumudnya pemikiran orang yang tidak membenarkan jenaka.Malahan bila ada yang menegur artis , artis - artis ini akan berkata "kami mencari rezeki halal dan kami menghiburkan orang yang sedang duka lara , tidakkah itu perkara yang baik?" .Dalam soal hiburan , batas syariay islam juga ada.Tidak kira niat kita baik sekalipun tetapi jika melanggar saranan rasulullah , maka ia tetap tidak dibenarkan.Boleh bergurau tapi berguraulah dengan jujur , contoh bila kita berjumpa dengan seseorang dan kita berkata "awak ni memang cantik la , cantik sangat tapi tidak lah secantik ibu saya" ,, setelah itu dia tertawa kerna pada mulanya dia rasa bangga tapi akhirnya dia sedar kita berjenaka.Itu tidak menjadi kesalahan kerna dalam kita hendak memuji orang , kita juga menyatakan betapa sempurnanya ibu kita.Disini tidak timbul isu berbohong atau berdusta.

Galakan berjenaka ini juga punyai berbagai percanggahan pendapat antara ulama.Masyarakat juga seakan-akan terus menghalalkan jenaka yang berunsur keterlaluan.Semua nya atas dasar menceriakan hati orang ramai dan memadamkan duka lara yang terbuku , memberi kegembiraan kepada yang kecewa.Walhal , seandainya kita murung , kita sedih , kita luka , terlalu tertekan , pada Allah sewajibnya kita kembali.Berdoa pada ALlah , mengadu pada Allah .Sujud  kepadanya dan sentiasa mengharapkan keceriaan darinya.Menurut Al-Ahnaf sahabat nabi "banyak ketawa boleh menghilangkan kewibawaan , dan banyak bergurau boleh menghilangkan harga diri.".Dalam islam juga bahawasanya senyum itu SEDEKAH tetapi ketawa itu bukanlah sedekah malahan ketawa yang melebihi hadnya adalah menggelapkan hati dan jiwa.Subhanallah , kalian bisa berubah .. Berjenaka dengan kebenaran kerna tanpa kebenaran , segalanya akan punah da merosakkan kehidupan.Wallahualam..Semoga kita beramal dari apa yang dijelaskan.Kita tidak bisa lakukan tanpa ilmu dan kita tidak pula harus berdiam diri jika kita berilmu.Maka "orang yang beruntung ialah orang yang punyai ilmu dan ia beramal dengan ilmu nya".Hentikanlah bergurau jenaka (Maharaja Lawak dan Raja Lawak) suatu platform perosak amalan bergurau secara yang "HAQ" .. perbetulkan niat agar kita berusaha menjadi seperti Rasulullah ..

Hentikan diperbodohkan oleh jenaka dan gurauan keterlaluan !! .. Kembalikan dengan yang HAK ...
( Kucing ini juga mengerti jika dia memperbodohkan dirinya , maka ramai akan memperbodohkan dirinya)

Thursday, May 5, 2011

Fasihnya cinta pada diri kita

Cinta itu kekuatan.Hidup dan mati segalanya kerna cinta.Allah mewujudkan cinta buat manusia.Kerna apa?..Bukan untuk suka-suka tetapi untuk kita abdikan diri kepada nya.Begitu ramai orang di luar sana begitu suka bicara bab cinta namun apakah mereka sedar atau tidak bahwa kita bicara bukan soalnya cinta mencintai sesama kekasih tetapi kita bicara tentang cinta yang datang dari Allah.Sedar atau tidak kalian pada cinta dari Allah?..Kalian kusut malahan runsing setiap hari hingga kalian tidak bisa makan atau minum , kalian jauh sekali kuat untuk bicara , berkata dengan orang lain.. kalian simpan kerunsingan itu tanpa meluahkan kepada sesiapa pun di sekeliling kalian.Kalian itu sebenar buta !! ..

Bisa atau tidak kita simpan terus-terus perasaan kerunsingan itu , sudah pastinya tidak bisa bukan?..Makanya itulah sebabnya kita wajib mengadu pada Allah..Itu tandanya Allah sayang sama kita , Allah cinta sama kita..kalau tidak ,, mana mungkin Allah memberikan kita sedikit kerunsingan ..Semua nya itu kerna Allah cinta sama kita.Kalau kita lihat dari sudut berpacaran , kekasih yang kononnya sehidup semati ..Bayangkan suatu ketika kita jatuh sakit,kita terlantar di atas kamar tanpa ada daya kekuatan , masih mahukah kekasih itu pada kita? ..Mustahil daripada rata-rata yang bercinta dan berkasihan , pabila ada suatu musibah melanda ,, mereka ini akan kekal bersama ..lihat sahajalah jika dua kekasih bergaduh berhari-hari,berminggu-minggu malah berbulan-bulan ,,mereka ini tidak bertegur dan terus-terusan tidak peduli dengan pasangan masing-masing.Tapi Allah tidak begitu,cinta Allah tidak begitu malahan jika kita derhaka terhadap Allah sekalipun , Allah tetap kasih kepada hambanya , Allah tetap meminjamkan nyawa kepada kita , Allah masih pemurah untuk memberi rezeki kepada kita ,Allah masih mahu mendengar suara kita , doa kita dan Allah tidak lupa akan hambanya.Kalia sedar atau tidak , hidup kalian ini penuh fasihnya dari cinta kerna Allah.Kalian sibuk berpacaran dan bercinta dengan kekasih kalian sedangkan kalian itu lupa yang berhak menerima cinta kalian ialah Allah.

Kalian tidak rasa bersalahkah , kalian sibuk cintakan kekasih tetapi kalian makin jauhkan diri dari Allah.Siapa kalian untuk berhak memberikan cinta itu kepada kekasih?..Kalian memang lupa malah sombong !!..Cinta itu hadir setelah dikurnikan Allah SWT kepada kita ,, setelah Allah berikan kepada Adam rasa cintanya kepada seorang wanita bernama Hawa ..Kalian lupa atau tidak ,,bagaimana cintanya Adam kepada Hawa yang lupa akan Allah itu menyebabkan Allah murka dan mencampakkan Adam ke muka bumi.Kalian masih lupa saat Hawa mahu memakan buah yang diharamkan Allah dari dimakan di dalam syurga iaitu buahk khuldi?..sehingga Hawa merayu kepada Adam supaya membenarkan dia memakan buah itu dan Adam membenarkannya.Itulah bukti bahwa manusia ini pernah menyalahkan gunakan cinta yang dikurniakan.

Kalian masih mahu berdalih? ..Apa ada pada kekasih? ..Cukuplah sekadar kalian taaruf atau berkenalan sahaja dengan pria2 atau cewek-cewek di luar ,, dan bukannya menjual cinta kalian pada cewek-cewek atau pria-pria dengan harga yang murah.Kalian berhak bercinta tetapi bukan dengan yang belum tentu menjadi halal buat kalian.Yang berhak kalian serahka cinta kalian ialah kepada suami atau isteri.Pastinya itu sudah halal buat kalian semua.Diri ini punyai satu hati , orang bercinta dan berpacaran selalu berkata "kaki ada dua,tangan ada dua,telinga ada dua,mata ada dua tetapi kepada hati ada satu ,,itu tandanya hati kita lagi satu ada pada pacaran kita iaitu kekasih kita" ..Itu kata-kata orang yang gila bercinta.Kamu tahu tidak bahawa Allah punya maksud disebalik itu.Allah sebenarnya mahu kita serahkan hati dan perasaan kita ini untuk Allah segalanya .Allah jadikan anggota yang lain dua kerna anggota itu digunakan untuk dua perkara iaitu untuk membangunkan diri dan untuk beribadat kepada Allah tetapi ada bedanya mengapa Allah jadikan hati itu ada satu.Bayangkan hati ada dua , kalian pasti konfius kalian mahu guna yang mana.Hati di sebelah kiri kata mahu pergi ke disko , hati yang kanan kata mahu pergi ke masjid.Kan sudah menjadi masalah disitu untuk membuat keputusan.Makanya akan berlakunya percanggahan dan sampai bila-bila pun tidak bisa lakukan kesimpulan.Itu ada besanya dengan anggota yang lain ,, anggota yang lain hanya mengikut sahaja apa yang dibicarakan oleh hati.Jadi hati itu ibarat ibu bagi semua anak-anak nya.Apa kekuatan hati itu? ..Kekuatannya ialah cinta .maka fasihkan cinta dalam diri kalian.

Kalian mahu emas atau permata atau kaca?..yang pastinya kalian mahukan Allah dalam hati kalian.Bertafakurlah dan bermunajat.Allah itu maha pemurah maha pengasih.Allah itu lebih hebat dan arif dalam bidang cinta.Kita ini hanya meminjam sahaja perasaan cinta dari Allah.Mulai hari ini ,, kalian usahlah menjual cinta kalian pada pacaran kerna itu haram hukumnya.Lebih baik kalian simpan aja perasaan cinta itu dan berikan pada Allah.Jika kalian mahu juga mencintai seseorang , cintailah ia kerna Allah.Kerna orang yang mencintai seseorang kerna Allah , dia akan takut pada Allah dan kelak Allah akan menjodohkan orang itu dengan dia.Itu janji Allah kerna Allah pernah berfirman "lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik" .. itu janji Allah , maka yakin sahaj pada kata-katanya..Allah tidak pernah mungkir janji.Baiklah , kesimpulannya kalian wajib fasihkan cinta pada diri kalian dengan cinta dari Allah .. =)

Kalian punyai Hak untuk mencintai Allah dan punyai Hak untuk menolak cinta dari menjual cinta kalian kepada orang lain ..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...