Wednesday, March 30, 2011

Menjadi diri sendiri

Saya selalu mendengar rakan-rakan saya menyatakan mereka mahu menjadi diri mereka sendiri.Dari pemahaman mereka,menjadi diri sendiri yang dimaksudkan ialah tidak menjadi seperti orang lain atau lebih popular dengan perkataan "hipokrit".


Persoalan yang timbul di sini ialah bagaimana menjadi diri sendiri?.Kalau tidak di ukur kemampuan diri dan kelemahan diri ini,tentu takkan kita boleh menjadi diri kita sendiri.Saya faham maksud rakan-rakan saya.Sebahagian mereka ini adalah yang suka bersosial,berhibur dan bermacam lagi.Bila ditegur agar solat,jawapan mereka "kita mesti jadi diri sendiri".


Menjadi diri sendiri kerna apa?.Adakah kerna kita yakin kita ini segala-galanya betul atau kita yakin Allah itu maha Besar.Tentu anda semua sukar mentafsirkannya.Dalam masyarakat,terutama dalam kelompok remaja dipertengahan mengenal kehidupan.Yang difahami hanyalah jangan bersikap hipokrit.Mereka faham menjadi diri sendiri itu adalah suatu yang bermaksud tidak sesekali mengikut sikap orang lain.Contohnya amat mudah,seandainya disuruh seorang wanita yang tidak bertudung agar dia bertudung,mereka akan menganggap jika mereka bertudung kerna disuruh semata-mata ini adalah suatu yang menunjukkan mereka ini tidak menjadi diri sendiri dan digelar Hipokrit.


Bukan ! .Itu tafsiran yang salah tentang menjadi diri sendiri.Asal manusia disaat ditiupkan roh pada jasad,kita semua mengaku dihadapan Allah yang kita ini beriman kepada Allah dan Rasulullah.Setelah kita dihidupkan,kita langgar semua perjanjian itu.Inilah manusia yang tidak pernah berterima kasih pada pencipta.Mengapa kita disuruh patuh pada agama?.Adakah kita mahu terus melawan agama?.Melawan agama ertinya melawan Allah.Balasan melawan Allah ialah neraka tempatnya.Soal menjadi diri sendiri ini sering diberat-beratkan oleh umat islam itu sendiri.


Sekarang saya mahu anda semua lihat persamaan diantara dua situasi ini.Pertama,Allah itu menurunkan Al-quran dan menyampaikan wahyu kepada Rasulullah.Rasulullah pula menyampai wahyu Allah itu kepada umatnya sebagai "sunnah".Kita pula tidak langsung mengikut apa yang diperintahkan dan menganggap semua itu beban.Di sini kita telah menidakkan perintah Allah.Adakah kita sudah menjadi diri sendiri di sini?.Tidak sama sekali kerna diri kita adalah MUSLIM dan jika kita tidak mengikut perintah Allah ,sudah nyata bahawa kita tidak menjadi diri kita sendiri iaitu sebagai seorang MUSLIM.


Situasi kedua,seorang sahabat datang kepada kita dan menyampaikan nasihat kepada kita.Dia menyatakan kita agar melakukan sesuatu perkara yang diredhai dan meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah.Dalam masa sama,kita melawan setiap percakapan sahabat kita dan menidakkan segala yang disampaikan olehnya.Adakah benar kita menjadi diri sendiri di sini?.Suatu nasihat yang mengajak kita dekat kepada Allah kita menolaknya dengan begitu kasar.Sehingga ada diantara kita yang menganggap jika kita mengikuti nasihat sahabat kerna terpaksa,kita seakan-akan tidak menjadi diri kita sendiri dan bersikap hipokrit.Saya sebenarnya lebih terarah dalam menerangkan tentang situasi ini.Orang yang menganggap diri mereka itu bersikap hipokrit kerna terpaksa mengikut nasihat sahabat,mereka adalah golongan yang tidak memahami.


Selalunya diri kita tidak akan pernah kenal diri kita ini siapa.Kita tidak akan tahu apa kelemahan kita kecuali jika ada insan yang hampir dengan kita yang memberitahunya pada kita sendiri.


Seorang mukmin bagaikan cermin seperti Sabda Rasulullah saw yang bermaksud " Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lain" (HR:At-Thabbrani dari Anas ra.)


Saya lebih mengesyorkan agar anda semua mengenal diri melalui rakan anda 
sendiri.Percayalah.Apabila rakan anda memberitahu beberapa kelemahan anda,anda 
terimalah seadanya dan ikutilah jika ia mendatangkan kebaikan kepada diri anda dan 
agama.Anda berjaya lakukan,itu bermakna anda menjadi diri sendiri..




Tiada istilah hipokrit dalam islam jika sesuatu itu membawa kebaikan pada diri anda.Tiada perkataan yang menyatakan "melakukan sesuatu nasihat itu kerna terpaksa" adalah hipokrit.Kita sebenarnya yang menyusahkan diri kita.Kononnya ingin menjadi diri sendiri sedangkan mereka inilah yang menipu diri sendiri.Mereka ini mengaku Islam tetapi yang diikuti ialah bercanggah dengan islam.Renung-renungkanlah dan jangan berdalih lagi !






Anda tidak akan lihat kelemahan anda tetapi anda akan nampak kehebatan diri anda setelah anda kenal diri anda sendiri dan berusaha untuk menjadi diri sendiri.



Tuesday, March 22, 2011

Mari menjaga diri ini

Kalau perut terasa lapar,isikan dengan makanan.Kalau dahaga minumlah seteguk air.Kalau keletihan,berehatlah sebentar .Tarik nafas dan nikmati kehidupan yang serba menenangkan.Tergerak hati saya untuk berbicara tentang soal diri dalam membatasi di antara yang batil dan yang hak.Ketandusan air di padang pasir bukan bererti tiada air tetapi sukarnya mencari air.Anda faham atau tidak?..


Kesukaran mencari air itu adalah nikmat.Dahaga di padang pasir,berusaha mencari air dan secara tidak langsung kita peroleh air untuk diminum.Apa perasaan anda?..Pasti berasa lega dan gembira.Mengapa?..Sebabnya ialah tempoh masa menanggung rasa dahaga akhirnya berakhir jua.Itulah dikatakan kesukaran itu nikmat.


Dalam menjaga diri dari perkara-perkara batil bukanlah semudah yang disangka.Seandainya anda menuangkan air kedalam gelas dengan mata tertutup,tidak semestinya air itu dapat dituangkan ke dalam gelas kecuali orang yang benar-benar hebat dalam melakukan kerja dengan mata tertutup.Begitulah kehidupan,anda hidup tanpa kalimah Allah.Anda hidup tanpa berpandukan Al-quran dan Sunnah.Bolehkah anda menjaga diri ini dengan sempurna?.Mustahil sekali anda boleh kerna Rasulullah juga memerlukan panduan dari Al-quran sebagai cara membina perwatakan dan perjalanan dalam kehidupan.


Kaca mata kita selalu meremehkan perkara yang begitu penting dalam kehidupan.Keangkuhan dan kesombongan dalam diri menjadi titik pemisah dalam mendekatkan diri kepada yang esa.Kita tidak lagi berusaha menjaga diri.Sehingga terciptanya ribuan malahan jutaan individu yang bergelar islam tetapi diri hanyut dengan bisikan syaitan.


Dalam menjaga diri,banyak perkara perlu difokuskan.Terlalu banyak perkara yang wajib dibicara.Apa pun di sini saya hanya ingin mengfokuskan pada satu cara menjaga diri iaitu "menjaga pandangan".


Katakanlah kepada orang laki-laki dan perempuan yang beriman hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang mereka perbuat. (Quran Surat An Nur ayat 30)..


Menjaga pandangan penting.Menjaga diri skopnya terlalu luas tetapi dengan hanya satu tindakan "menjaga pandangan",perkara yang luas akan mudah dijaga.Pandangan amat bermakna.Semua bermula dari pandangan.Terjadilah maksiat tercipta dari pandangan.Mana mungkin remaja kini semakin banyak yang melakukan maksiat seperti berzina dan bercinta serta berpegangan tangan dengan yang bukan mahram jika mereka tidak belajar dari apa yang mereka lihat.


Dunia tanpa sempadan.Kita sering dengar dan kita kurang sedar.Mata adalah organ penglihatan.Mata menjadikan kita kenal akan dunia serba moden dengan mengenali kehidupan dunia masa kini.Apa yang berlaku dan apa yang dilakukan oleh masyarakat diluar sana,kita akan belajar dengan mata."Video Lucah" menjadi contoh.Anak muda kini melakukan zina tanpa segan silu di khalayak ramai.Berduaan secara terangan atau di tempat sunyi,ini semua berlaku hasil dari perasaan nafsu.Mereka belajar dari apa yang mereka lihat.Jika yang dilihat itu elok,maka tidak akan mereka lakukan perkara sedemikian tetapi jika yang dilihat itu seperti "video lucah" yang memaparkan berlakunya hubungan zina sudah pasti mengajar mereka bagaimana ingin berzina.Ini juga bermula dari pandangan .Mata terlalu hampir dengan otak dan jika mata melihat seterusnya otak memproses.Tidak hairanlah sukarnya mereka menjaga diri mereka.


Orang melayu sering berkata "jangan menjadi katak dibawah tempurung".Hakikatnya katak dibawah tempurung itulah lebih baik.Katak dibawak tempurung sebenarnya cuba menjaga diri mereka dari dunia luar yang banyak mendatangkan mudarat.Mereka ini kononnya dikatakan jumud sedangkan mereka inilah bijak dalam menjaga imej mereka.Mereka malu dan sentiasa berada di bawah tempurung walaupun gelap menyelubingi tetapi kebaikan yang mereka dapat ialah mereka ini terhindar dari dimakan ular.Berkait rapat juga dengan manusia seperti kita.Bukanlah saya mengajak anda menjadi seperti katak tetapi ambil dari kebaikan yang ada pada perlakuan katak ini yang kita sangka tidak mendatangkan manfaat namun ia sebenarnya begitu baik dalam keadaan dunia sekarang ini.


Kita menjaga diri dengan membentengkan pandangan kita dari dunia luar yang serba mendatangkan mudarat.Tidak lah menolak bulat-bulat akan dunia luar tetapi menjauhi yang mendatangkan mudarat dan ambil kebaikan yang ada pada dunia luar.Sekalipun kita ini intelek atau cendikiawan,kita sewajibnya tahu bahawa tanggungjawab kita menjaga diri dari dunia yang kita sangka senang dan mudah sedangkan dunia itulah sesukar dunia yang kita harus berhati-hati."Jangan disangka katak dibawah tempurung itu jumud dan ketinggalan zaman kerna mereka itu sebenarnya berhati-hati dari ancaman dunia luar yang tidak disangka-sangka."...






Pandangan mata itulah segalanya.Menjaga pandangan bererti anda menjaga diri anda..
Pandanglah Allah buat kamu bertakwa...

Tuesday, March 15, 2011

Lafazkan Cinta itu !

Cinta !! ..Soal cinta begitu menjadi isu yang sentiasa diperkatakan oleh golongan remaja.Dalam soal sebegini,cinta telah ditakrifkan dengan berbagai takrifan yang berbeza.Kerna perbezaan itulah wujudnya kesalahan fahaman akan erti cinta yang sebenar.


Kerna cinta itu begitu indah.Cinta itu begitu dipuja kerna kelembutannya.Ramailah yang mempergunakan cinta sebagai alat menghalalkan segalanya. Mengapa cinta itu dipergunakan?..Semuanya terjadi kerana nafsu.Nafsu yang menerbitkan cinta dalam diri manusia sering membawa kesesatan kepada manusia.Malahan cinta juga menyebabkan mereka tidak segan silu melakukan perkara yang terangan berdosa tetapi dikatakan "tidak mengapa"..


Kehadiran cinta itu bukanlah untuk merelakan keburukan itu berlaku.Kehadirannya juga bukan menggalakkan maksiat .Matlamat utama cinta ialah membawa kepada yang maha esa.Namun tidak juga menghalang manusia untuk saling mencintai sesama mereka.Asal kewujudan manusia dimuka bumi juga kerna cinta.Jadi tidaklah menjadi suatu kesalahan untuk mencintai sesama manusia tetapi usah disalah erti.Islam bukan mengajak kita kearah kebebasan.Maka cinta sesama manusia adalah kerna cinta buat yang esa.


Manusia pertama di dunia.Nabi Adam A.S dicipta dari tanah.Tanah itu halus.Adam berasal dari tanah.Persamaan diantara tanah dan adam adalah kehalusan.Kehalusan yang muncul dalam diri Adam berkehendakkan adam untuk mempunyai teman di sisi.Adam perlukan teman yang dapat sentiasa disampingnya.Allah maha mengetahui dan kerna cintanya Allah pada hambanya "Adam",Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk Nabi Adam.Mengapa tulang rusuk yang dipilih untuk dijadikan Hawa?.Sudah pastinya Allah mahu menyatakan disini bahawa sehingga hari kiamat,Kaum Adam sewajibnya memelihara Kaum Hawa dengan kekuatan yang ada pada mereka.Semuanya kerna cinta.Jadi,sudah terlafazlah cinta itu!!


 Semua sudah terlafaz sejak terciptanya manusia pertama .Hakikatnya cinta mendatang kebaikan pada kita.Tidak salah untuk kita mencintai dan melafazkan kepada seseorang tetapi sewajibnya kerana Allah. Jika bukan kerna Allah,cinta itu akan buta seperti kata masyarakat bahawa cinta itu buta dan tidak mengenal sesiapa sahaja.Walhal cinta itu suci dan sempurna.Tidak buta.Butanya cinta hanya disebabkan nafsu yang bergelora.Keindahan akan menjadi penghancur yang tidak kelihatan.


Kerna cinta terjadinya fitnah,
Kerna cinta yang buruk dikatakan baik,
Kerna cinta masa dirugikan,
Semuanya disangka emas sedangkan kaca yang dimilikinya.


Tetapi,
Cinta mengenalkan kita pada pencipta,
Mendekatkan kita pada Kalam Allah,
Menyatukan Air Dan Bara api,
Membawa kita kenal akan pesuruh Allah,
Terbinanya sebuah keluarga sakinah,
Dan wujudlah hamba yang bergelar HAMBA..


Cinta bukanlah hina tetapi penghapuskan kehinaan,
Rahmat Allah sentiasa disamping buat pencinta.
Disaat Rasulullah nazak,
Rasulullah masih menyebut "Ummati"
Kerna cinta yang terbit itulah ,
Ummat Muhammad dipelihara sehingga kini.
Kerna kekuatan cinta Muhammad itulah,
Kita bersyukur menjadi ISLAM yang sejati....


Mudahnya Kita Jatuh Cinta!


Dan terkadang kecintaan memelikkan kita.
Mengapa mudah kita tertaut hati pada seseorang itu?
Hanya pada pandangan pertama.
Dan dulu seorang adikku
selalu mengatakan itu padaku,
Begitu mudahnya aku menyintai seseorang.
Begitu juga dalam jalan dakwah ini.
Kita akan mudah terjatuh cinta.
Banyak kali
Cinta pada mereka yang memberikan kita rasa faham ini.
Dan cinta kepada mereka yang kita berikan rasa faham ini.
Ia adalah tautan hati
Yang sukar dimengertikan.
Perasaan yang sukar
Dinukilkan dengan lukisan kita
Begitulah besarnya erti cinta pada dakwah ini.
Ia menolak kehendak diri untuk memberi sebuah erti
Jauh dirasakan dekat
Sering bersama tidak mendatangkan kebosanan
Ianya bahagia tiada tara!
Ia mengajar erti untuk tidak berhenti dalam memberi
Ia menolak diri untuk sentiasa mengorbankan diri
demi insan yang baru sahaja dikenali
kerana ikatan hati itu
bertahkik pada cinta Ilahi
( aku dan dia, mengalami rasa yang sama; mudahnya hati ini tertaut dan menyukai manusia. Kerana itu, takutnya apabila dialirkan cinta itu pada yang bukan berhak)
Kerana dakwah dan islam, sentiasa menyatukan hati kita,
Menjadikan kita sentiasa jatuh cinta sesama kita,
Setiap masa.
Mudahnya dakwah ini menjadikan kita
Untuk jatuh cinta!
Kerana Allah: Dialah yang meng'allaf'kan hati2 kita..

Dan (Dialah) yang menyatukan di antara hati mereka. Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ( Anfal: 63)
"Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada',tetapi para nabi dan syuhada' mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t.Kata para sahabat,khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda:"Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah,bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan.Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih."♥


Akhi Muhammad Shazni "Cinta terbit diatas celahan gunung illahi yang membawa erti cinta kerna Allah .. Dikala ia terbit,tiada siapa yang menyangka dan ketika ia menyala tidak seorang pun yang mampu menterjemahkannya dengan kata-kata yang biasa tetapi mereka berdiam diri sebagai tanda benarlah mereka cinta kerna Allah" ..Ini adalah kata-kata dari ana dan agar kalian semua memahami dengan jiwa yang penuh mengertian yang mendalam..."

Thursday, March 10, 2011

Kompas yang tersembunyi

Kompas?.Apa kaitan kompas dengan diri kita?.


Apabila ditafsir secara halus,sedar atau tidak kompas itu begitu mendalam maksudnya pada diri seseorang itu.Kita ketahui kompas sering digunakan sebagai penunjuk arah ketika kita berada di sesuatu kawasan,di hutan,bandar atau kawasan pergunungan.Kompas ini menjadi salah satu alat yang begitu penting dalam kehidupan seorang pengembara.Bayangkan jika anda berada di dalam hutan seorang diri,tanpa sebarang petunjuk.Ketika itu anda tiada kompas,tiada peta bahkan cahaya bulan dan matahari juga tidak kelihatan.Pastinya anda akan terpaku seorang diri dan hanya menanti ajal menjelma.Tanpa usaha,anda mula putus asa kerna tiada satu peralatan pun dapat membantu anda dalam memandu anda ke jalan pulang.


Inilah lumrah manusia.Fikiran manusia hanya sering terterhad pada pertolongan kebendaan semata-mata.Manusia sering mengharapkan pada sesuatu yang dapat dilihat dari pandangan mata kasar sahaja.Anda melihat air mengalir deras di sungai-sungai,dan pernahkah anda terfikir siapa yang menolak air-air itu agar mengalir deras?.Air sungai mengalir mengikut celahan-celahan batu yang sempit bahkan tidak henti-henti mengalir.Sehingga manusia menjadikan air sebagai sumber asas dalam kehidupan.


"Kompas yang tersembunyi"..Atau dalam erti kata yang lainnya ialah pertunjuk iaitu tempat kita bergantung yang tidak kita dapat lihat dengan mata kasar tetapi akan dapat kita lihat dengan jelas menggunakan mata hati IMAN.Mengapa ketika sesat di dalam hutan?.Ketika itu kita kehilangan segalan peralatan seperti kompas dan membuatkan kita berputus asa dalam meneruskan pemgembaraan itu.Kehendak manusia itu terhad.Pergantungan manusia itu ada hadnya.Kadang-kadang otak tidak akan berfungsi jika tidak dimanfaatkan dengan sempurna.Maka terterbitlah buah fikiran serta tindakan yang langsung tidak membawa kebaikan malahan semakin rosak diri kita ini.


Arah tuju kita dan pergantungan kita tidak sesekali diletakkan di atas sesuatu perkara atau yang bukan hak.Pergantungan kita di dunia ini adalah hanya pada yang mampu membawa kita ke perjalanan yang seterusnya.Dipandang semula kepada apa yang terjadi pada pengembara yang sesat di dalam hutan itu sudah cukup mengambarkan betapa pergantungan kita kepada kebendaan adalah amat merugikan sekali.Seandainya pengembara yang tersesat itu masih ingat bahawa ALLAH itu ada,maka tidak akan dia berputus asa dan sudah pastinya dia akan bergerak dan berusaha mencari jalan keluar walaupun tanpa sebarang peralatan.Ini kerana pergantungan kita ini adalah hanya kepada Allah.Allah yang menjadikan besi,Allah menjadikan magnet dan seterusnya manusia itu menjadikan kompas.


Ganjil dan pelik.Itulah kata-kata yang dapat diungkap dengan pena lidah ini.Pengembara tersesat dan bergantung kepada magnet.Apa ertinya?.Manusia bergantung kepada apa yang diciptakan oleh manusia itu sendiri.Bayangkanlah jika teknologi itu sudah tidak lagi boleh digunakan dan manusia terus menggunakannya.Jawapannya ialah makin hancur lebur manusia itu sendiri.Dan disebabkan itulah prgantungan itu tidak boleh diletakkan kepada kebendaan kerna kebendaan tiu tidak sempurna.Cuma disini Allah itu sahajalah sempurna sifatnya.Terbuktilah bahawa kompas yang tersembunyi itu adalah lebh hebat dari kompas yang nyata.


Allah berfirman (maksudnya):
“Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”.” (Surah al-Mu’min, 40: 60)..


Pergantunga kita pada Allah adalah dengan cara berdoa.Berdoa itu adalah permintaan.Kita meminta agar kita sihat,hidup diberkati dan segala-gala yang baik semuanya terpulang kepada seberapa kuatnya pergantungan kita kepada Allah.Pergantungan itu akan lebih bermakna pabila kita juga mematuhi setiap inci peraturan yang ditetapkan oleh Allah.Semoga amalan kita akan semakin meningkat dan semoga kehidupan kita akan sentiasa diredhai Allah Aza Wajalla.Pengembara yang hebat ialah pengembara yang hanya memikirkan perjalanannya sentiasa diberkati Alah dan pergantungannya sepenuh kepada Allah sahaja.


Tuesday, March 8, 2011

Aku tidak berdaya Ya Allah

Berdayakah aku?,
Dilanggar dan terus dilanggar,
Fikiran menjadi kusam dan lesu,
Buntu fikiran memikirkan yang terjadi.

Redha Allah sentiasa hadir,
Kala itu kita jarang bersyukur,
Nikmat menjadi dugaan,
Dugaan terus membeban.

Allah pernah berfirman "tidak akan aku uji manusia melainkan mengikut kemampuannya"
Memang Allah tidak zalim,
Siapa yang membebankan diri sendiri,
Semua itu datang dari diri kita,

Allah beri ujian tetapi kita tetap buta,
Bila ditanya "kenapa buta?".
Kita pasti menjawab "aku tidak buta"
Jawapan itu benar tetapi salah.

Benar kerna jawapan kita itu logik,
Salah kerna jawapan kita itu kurang bijak,
Kerna kita masih tidak sedar akan kehidupan ini,
Seharian kita menipu diri sendiri.

Sudahlah menipu diri,
Berlaku adil pada diri,
Muhasabah diri dan perbetulkan kesilapan,
Walau dengan apa cara sekalipun.


-Layar keinsafan yang ketara di jiwa-
Akhi muhammad Shazni
-Dikala kesihatan yang tidak menentu-
"Ringankan bebanku Ya Allah"

Monday, March 7, 2011

Mentari bercahaya pudar

Cahaya itu datang dari mentari pagi,
Dikala aku mulai rasa kebuntuan,
Fikiran mengelamun memikirkan yg dihadapan,
Lalai diri ini kerna tiada matlamat...

Aku hamba Allah,
Solat,berzikir dan beribadat adalah matlamat,
Kerna aku sedar itu adalah matlamat,
Terus berdiri walau kesakitan,

Doa dan tawakal kekuatan buat Aku,
Layakkah aku bertawakal pada Allah,
Sedang aku ini insan yang penuh dosa,
Namun aku yakin Allah itu maha pengasih,

Pengasih pada Hamba yang benar-benar beerti HAMBA,
Kalau dahulu kita Hamba sekarang kita jadilah HAMBA,
Jauh di sudut pandangan dekat dikalbu,
Kerna kita HAMBA yang sebenar.

Pudar cahaya datang dari kurangnya amal,
Bukan terlalu banyak yang diminta,
Tetapi istiqamah yang diharapkan,
Kerna istiqamah itu ikhlas yang hakiki.

Berbaring di atas kerusi syahadah,
Seluruh tubuh seakan-akan sujud tanda penghambaan,
Meniti kalimah Allah dan Muhammad,
Di bibir dan jiwa seorang insan.

Kefahaman aku menyatakan,
Allah itu maha pemurah dan pengasih,
Cahaya itu adalah suluhan pemurah,
Hidayah itu penerapan nilai pengasih.

Pohon yang rendang indah jika dipandang,
Hasilnya juga bermanfaat buat manusia,
Tidak rendang tanpa cahaya,
Tiada hasil tanpa rahmat Allah..



Tinta terterbit:

"Tepian tingkap bandar duniawi"
"Kerna Fikiran berserabut"
-Akhi Muhammad Shazni-
-Kuala Lumpur Metropolitan yang tidak menenangkan-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...