Wednesday, February 23, 2011

Segalanya bermula dari prasangka

Manusia selalunya akan memulakan sesuatu itu dengan andaian.Lihatlah jika seseorang itu mahu melakukan sesuatu misalnya,sesuatu andaian itu akan mempengaruhi tahap gerak kerja yang akan dilakukan olehnya.Bahawasanya di sini andaian itu adalah ciptaan pertama otak dalam menterjemahkan produk yang akan dihasilkan.Misalnya,kilang roti adalah suatu tempat dimana dihasilkan roti-roti di situ tetapi segalanya bermula dari pengurus syarikat roti tersebut.Andaian pertama pengurus adalah menyatakan bahawa roti-roti coklat perlu dihasilkan kerna ia menjadi kegemaran masyarakat masa kini.Maka pekerja-pekerja akan berusaha menghasilkan roti coklat yang terbaik.Apa yang dapat disimpul di sini adalah prasangka pertama itulah yang menghasilkan gerak kerja kita yang seterusnya.Sejauh mana kita berusaha untuk melawannya mahupun untuk merealisasikan nya.

Bulatan kehidupan ini adalah bermula dari prasangka.Jika prasangka kita baik terhadap kehidupan kita,maka akhirnya juga akan baik.Nilai kehidupan itu juga terletaknya pada prasangka kita terhadap diri.Yakinnya kita pada diri adalah prasangka yang dapat memotivasikan diri kita untuk bergerak dengan berani kehadapan.Ia diibaratkan seperti "menjawab soalan peperiksaan".Ketika kertas soalan berada di hadapan anda,apa yang anda fikirkan?..Sebahagian dari kita,sudah tentunya merasa gementar untuk menjawab.Dan kelangsungan daripada prasangka serta perasaan gementar itulah yang menyukarkan kita untuk menjawab soalan.Lihat sahaja muka hadapan kertas soalan,otak mula bertindak dalam memproseskan prasangka awal.Segala-galanya terletak pada prasangka.

Pernah atau tidak anda menghadapi hari-hari dengan ketenangan dan keceriaan?.Beruntunglah bagi mereka yang pernah melaluinya kerna mereka sebenarnya telah berjaya menerapkan sikap prasangka baik pada kehidupan mereka.Biar ditimpa dugaan yang tidak henti-henti namun masih tersenyum dan gagah mengharungi dengan ketenangan.Prasangka bukanlah ubat mahupun penawar tetapi adalah kekuatan dalam membawa diri ini lebih berjaya.Seandainya hari ini kita mengharungi hari-hari dengan penuh kesukaran,hari-hari yang terasa kosong dan kadangkala kita ditimpa penyakit,kutukan,hinaan dan bebanan yang melemah.Apa yang harus kita lakukan?.Jawapannya adalah prasangka baiklah terhadap masa depan kita.Bila kita mula dirundung malang,usahlah kita menyangka bahawa malang ini akan berterusan mahupun menjadi penghalang pada kita untuk kita bangkit.Sebaiknya kita berprasangkalah bahawa inilah cubaan untuk orang yang berjaya.Jika tidak berjaya di dalam akademik tetapi berjaya di dalam mendekatkan diri dengan Allah.Kerna kejayaan itu hanya milik Allah dan bukanlah milik kita yang hakiki.Prasangka terhadap kehidupan kita adalah dikira sebagai prasangka terhadap Allah kerna kehidupan ini adalah diaturkan oleh Allah dan hanya manusia itu adalah hamba yang berusaha dalam mengubah kehidupan ini menjadi lebih baik.Renungilah sabda Rasulullah :

"Dari Jabir berkata: Bersabda Rasulullah sallahu ‘alaihi wa-sallam: Janganlah sekali-kali kamu mati kecuali dalam keadaan berprasangka baik terhadap Allah, sesungguhnya terdapat satu kaum dibinasakan kerana telah berprasangka buruk terhadap Allah Azza Wajl (sebagaimana firman Allah) "Dan yang demikian itu adalah prasangkamu yang telah kamu sangka terhadap Tuhanmu, prasangka itu telah membinasakan dirimu, maka jadilah kamu termasuk orang-orang yang merugi".  (FUSHSILAT, 23:41).  H/R Bukhari, Muslim dan Ahmad.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...