Tuesday, February 8, 2011

lagu Ya Robbi Oleh Syamsul Yusof

Kadangkala kita lupa
Kadangkala kita leka
Kadangkala kita buta
Dia memerhatikan kita

Ya Allah
Sesungguhnya manusia sifatnya pelupa
Walau disogok seribu nasihat setiapa masa
Hati tetap sukar ditembusi kerana dosa-dosa
Menjadi dinding pemisah antara aku dan DIA
Uh’ dulu dalam gelap zulmat dunia
Walau lampu lagu rancak buatku berdansa
Bersama mereka yang sebahtera
Dalam bah peluh oh’ penuh nista
Yah’ yah’ ku terlupa
Aku khayal
Leka gembira walau sementara
Tapi nikmatnya
Kala itu tak terkata
Kerna apa?
Kerna aku tiada pegangan nyata
Aku hanyut dengan arus dunia
Dunia oh’ dunia!
Aku hanyalah manusia
Yang sering lupa
Yang selalu leka
Dengan tipu daya oh dunia
Ya Robbi (8x)
Ku serahkan segala
Terimalah doaku
Jika kau tanya aku jujur uh mengapa
Dunia seperti ahli silap mata
Bermain ilusi mengkaburkan minda
Semua di depan mata indah oh tampaknya
Walau hakikat oh sebaliknya
KitabNYA, kalamNYA yang dulu ku lupa
Ku mula baca walau merangkak seperti kura-kura
Kerana ku tahu hanya ini buku jawapan pada
Teka silang kata dunia!
Aku khayal
Leka gembira walau sementara
Tapi nikmatnya
Kala itu tak terkata
Kerana apa?
Kerana aku tiada pegangan nyata
Aku hanyut dengan arus dunia
Dunia oh dunia!
Aku hanyalah manusia
Yang sering lupa
Yang selalu leka
Dengan tipu daya oh dunia
Ya Robbi (8x)
Ku serahkan segala
Terimalah doaku
Aku tidak berdaya (Ya ALLAH ya Tuhanku)
Berikanku cahaya (Ampunilah diriku)
Aku tidak bertenaga (Ya ALLAH ya Tuhanku)
Tempatkanlah ku di syurgamu
Ya Robbi (8x)
Ku serahkan segala
Terimalah doaku
Dulu bila orang kata solat itu tiang Agama
Aku ragui, tetapi kini ku pasti
Alhamdulillah

( Semoga bait-bait kata dari lagu ini dapat difahami oleh sahabat-sahabat , ambillah kebaikan yang ada daripada lagu ini )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...