Monday, February 7, 2011

Perjuangan belum selesai

Perjalanan kehidupan ini ibarat sebuah jambatan kayu di atas sungai yang menyeberangi antara satu kawasan ke kawasan yang lain.Seharian jabatan itu digunakan untuk menyeberang.Ada yang berlari,ada yang berjalan perlahan dan ada juga yang merakak.Bermacam gelagat dapat dilihat setiap kali orang ramai melaluinya.Semakin hari jambatan itu semakin reput dan lama kelamaan jika tiada yang ingin menaik tarafkan jambatan itu,sudah pasti jambatan itu akan roboh dan hancur.

Setelah itu,pastinya orang ramai tidak dapat menyeberang ke kawasan yang berada di seberang sungai itu.Sehinggalah di suatu ketika,orang ramai mula menyedari akan kepentingan jambatan ini dan mereka bersatu hati untuk bergotong royong dalam membina jambatan yang baru.d

Begitulah ibaratnya kehidupan kita ini.Dunia adalah gelanggang kehidupan dengan begitu banyak ragam manusia di dalamnya.Kehidupan ini menghendaki manusia untuk membanting tulang empat kerat agar perjalanan kehidupan ini terpelihara.Mencari rezeki yang halal dan berkat.Siang harinya mencari rezeki,malam harinya agar mereka ini lebih mendekatkan diri dengan Allah.

Bandar Kuala Lumpur ialah ibu negara Malaysia.Merupakan bandaraya yang pesat membangun dan menjadi tumpuan dalam mencari rezeki bagi masyarakat di malaysia.Kepesatan secara jelasnya memang membawa kebaikan kepada manusia tetapi secara tersembunyinya lebih membawa keburukan dan kehancuran jika tidak dibangunkan mengikut kemahuan agama Islam itu sendiri.Kuala Lumpur terkenal dengan Menara Berkembar Petronas.Menara yang 3 tertinggi di dunia ini seakan-akan menjadi simbolik yang begitu bermakna bagi masyarakat Malaysia.Lihatlah kemajuan ini begitu membawa sesuatu yang bermakna buat umat manusia di zaman kini.

Sedar tidak sedar kita sebenarnya tertipu dengan semua ini.Kita sehari-hari melalui kehidupan dengan merasakan kita selesa dengan apa yang kita kecapi.Ini membuatkan kita begitu lupa dengan masa depan iaitu AKHIRAT.Dunia digunakan hanya dengan satu matlamat iaitu mencari kemegahan,pembangunan dan harta kemewahan.Mana perginya agama,Allah,Muhammad,Al-quran dan Kalimah Syahadah kita?..Sudah hilang atau dijadikan matlamat kedua selepas kemewahan dunia?

Sebab itu manusia mula melalui kehidupan dengan begitu tamak haloba.Mereka lupa dan terus lupa.Dan terus menerus lupa dengan pencarian ke syurga.Makin lama dunia makin tua dan kini kita di akhir zaman.Janji Allah tetap akan terjadi.KIAMAT akan terjadi tanpa kita sangka.Kemunculan Yakjuj wa makjuj,Nabi Isa,Haiwan Melata,Dajjal dan sebagainya seperti yang tercantat di dalam kalam Allah akan muncul pada bila-bila masa.Dunia malah sering berpesan kepada manusia yang menghuninya dengan berbagai bentuk pesanan.Gempa bumi,letusan gunung berapi dan ombak Tsunami yang melanda manusia kini adalah antara peringatan dan nasihat yang berbisa dari dunia yang datangnya dari tuan punya dunia.Mahu nafikan segala?..

Bangkitlah wahai umat Muhammad.Perjuangan dalam mengharungi sisa-sisa akhir zaman ini perlu diteruskan..Kita tidak tahu bila janji Allah akan muncul.Cuma kita diperingatkan dengan berbagai pertunjuk.Bagi yang memahami,akan mula sedar dengan hakikat ini.Ingatlah,dunia ini jambatan dan jika jambatan ini runtuh ia tidak akan mampu dibina semula kerna perjalanan seterusnya bagi umat manusia adalah ketika berhadapan dengan Allah di padang masyar.Antara syurga atau neraka,itulah yang menjadi penentu  perjalanan kita dimasa hadapan.Masa hadapan kita terletak pada ilmu dan amal kita.Beramallah demi Allah kerna beramal itu adalah jalan kearah mencapai perjuangan yang semakin mencabar ini.Saya Akhiri Kalam ini dengan peringatan yang tulus murni..\

Janganlah kita berbangga dengan kemajuan yang dikecapi..
Janganlah kita selesa dengan kemajuan yang kita capai..
Tapi beringatlah dengan janji Allah...
Dan majukan rohani,Akhlak dan agama ..
Kerna itu yang membawa kamu kepada yang maha esa..
Allah redha insyaAllah kita hidup bahagia..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...