Monday, February 21, 2011

Pasrah Segalanya

Mahu menangis,mungkin sukar untuk diterjemahkan apa yang tersirat ini.Gerak kata aku itu bagai menjadi simbolik kepada betapa kita redha dengan perjalanan hidup yang berliku ini.Terbuku di hati memikirkan perjalanan ini.Lemah dan rasa terjatuh pabila memungkiri janji pada Allah.Lantas Allah memberi kita ujian dan dugaan.Namun kita terus bergerak ke hadapan dan terus maju ke hadapan kerna kita yakin ada hikmah dari apa yang menimpa diri ini.Tidak terdaya aku menahan dugaan bertubi ini sehingga mengajar aku erti hidup ini.Berbekalkan limpahan iman dari Allah inilah aku terus berdiri dan melangkah agar terbitnya mentari pagi setelah berlalunya malam yang penuh kehinaan.Siapalah aku jika ingin menduga yang dihadapan.Insan seperti aku ini akan rebah jika makin lupa.Kadang-kadang terasa hina diri ini kerna di suatu masa aku merasakan tiada siapa yang menemani aku.Melalui hari-hari dan laluan yang penuh gelap gelita.Aku akui segalanya adalah perancangan tuhan.Allah itu maha mengetahui.Mengetahui yang terbuku di hati ini.Lindungilah aku dengan rahmat darimu agar aku kuat dengan semua ini.Semoga dakwah dan kehidupan aku ini tidak terhenti dengan mudah.Agar aku gagah melalui dengan penuh berhikmah.


Yakinnya aku dengan kehidupan yang mencabar ini.Yakinnya aku bahawa Allah itu wujud.Yakinnya aku bahawa Allah itu mencipta aku.Dan terlalu yakinnya aku bahawa Allah akan membantu hambanya yang bersabar dan bijak mengatasi kehidupan sebagai muslim ini.Bertuahnya aku kerna dilahirkan sebagai islam kerna manisnya keimanan yang akan dapat aku kecapi di dalam islam itu sendiri.Kenapa aku rasa terguris ?.Aku dihina di atas dunia.Aku ketahui ini semua memang salah aku namun sebagai hamba yang bergerak keseorangan di muka bumi ini,aku tahu bukan mudah.

Berkuasanya Allah itu.Bijak nya Allah itu.Selama kita hidup,kalian semua betul-betul bersyukur atau tidak?.Bersyukur dengan sebenarnya.Mentaati perintah Allah.Taati itu tanda kita bersyukur.Seandainya aku pasrah dan sahabat-sahabat juga pasrah atas segalanya yang berlaku ini,itulah tanda kita bersyukur.Perancangan Allah itu indah.Walau ada yang yang perit kerna menikmati kehidupan cinta Allah ini.Jawapannya ia  memanglah perit yang beerti manis.

Suka atau tidak.Selagi bergelar hamba Allah,laluilah dengan rasa manisnya segalanya.Jika terasa pahit,fahamilah ia hanya sementara kerna untuk menduga.Marilah bersama melalui dengan menerima segalanya.Tidak gelisah atau putus asa.Layarkan senyuman untuk hidup.Bersangka baiklah dengan Allah dan percaya andai kita terus berjaya melalui satu persatu ujian dan dugaan ini,tentulah suatu yang manis menanti dihadapan.Bertahanlah dan terus bertahan.Kita dicipta dengan sebaik-baik kejadian dan betapa mulinya kita kerna kita ciptaan Allah.Maha besarnya DIA kerna dia tahu mengapa kita dicipta.Bumi dijadikan untuk jalan kita mencari Syurga.



1 comment:

  1. Ya Allah.. dugaan xkan pernah berhenti.. Allah S.W.T. menduga kita semua dengan dugaan.. semakin perit dugaan itu, membuatkan cinta kita pada Allah S.W.T. semakin kuat.. kadang2 kita tewas juga.. tapi, jangan sesekali undur dr menghadapi semua dugaan ini. itu bererti kita kalah dlm medan pprgn.. akhi, semoga cepat sembuh ye.. ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...