Tuesday, March 22, 2011

Mari menjaga diri ini

Kalau perut terasa lapar,isikan dengan makanan.Kalau dahaga minumlah seteguk air.Kalau keletihan,berehatlah sebentar .Tarik nafas dan nikmati kehidupan yang serba menenangkan.Tergerak hati saya untuk berbicara tentang soal diri dalam membatasi di antara yang batil dan yang hak.Ketandusan air di padang pasir bukan bererti tiada air tetapi sukarnya mencari air.Anda faham atau tidak?..


Kesukaran mencari air itu adalah nikmat.Dahaga di padang pasir,berusaha mencari air dan secara tidak langsung kita peroleh air untuk diminum.Apa perasaan anda?..Pasti berasa lega dan gembira.Mengapa?..Sebabnya ialah tempoh masa menanggung rasa dahaga akhirnya berakhir jua.Itulah dikatakan kesukaran itu nikmat.


Dalam menjaga diri dari perkara-perkara batil bukanlah semudah yang disangka.Seandainya anda menuangkan air kedalam gelas dengan mata tertutup,tidak semestinya air itu dapat dituangkan ke dalam gelas kecuali orang yang benar-benar hebat dalam melakukan kerja dengan mata tertutup.Begitulah kehidupan,anda hidup tanpa kalimah Allah.Anda hidup tanpa berpandukan Al-quran dan Sunnah.Bolehkah anda menjaga diri ini dengan sempurna?.Mustahil sekali anda boleh kerna Rasulullah juga memerlukan panduan dari Al-quran sebagai cara membina perwatakan dan perjalanan dalam kehidupan.


Kaca mata kita selalu meremehkan perkara yang begitu penting dalam kehidupan.Keangkuhan dan kesombongan dalam diri menjadi titik pemisah dalam mendekatkan diri kepada yang esa.Kita tidak lagi berusaha menjaga diri.Sehingga terciptanya ribuan malahan jutaan individu yang bergelar islam tetapi diri hanyut dengan bisikan syaitan.


Dalam menjaga diri,banyak perkara perlu difokuskan.Terlalu banyak perkara yang wajib dibicara.Apa pun di sini saya hanya ingin mengfokuskan pada satu cara menjaga diri iaitu "menjaga pandangan".


Katakanlah kepada orang laki-laki dan perempuan yang beriman hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang mereka perbuat. (Quran Surat An Nur ayat 30)..


Menjaga pandangan penting.Menjaga diri skopnya terlalu luas tetapi dengan hanya satu tindakan "menjaga pandangan",perkara yang luas akan mudah dijaga.Pandangan amat bermakna.Semua bermula dari pandangan.Terjadilah maksiat tercipta dari pandangan.Mana mungkin remaja kini semakin banyak yang melakukan maksiat seperti berzina dan bercinta serta berpegangan tangan dengan yang bukan mahram jika mereka tidak belajar dari apa yang mereka lihat.


Dunia tanpa sempadan.Kita sering dengar dan kita kurang sedar.Mata adalah organ penglihatan.Mata menjadikan kita kenal akan dunia serba moden dengan mengenali kehidupan dunia masa kini.Apa yang berlaku dan apa yang dilakukan oleh masyarakat diluar sana,kita akan belajar dengan mata."Video Lucah" menjadi contoh.Anak muda kini melakukan zina tanpa segan silu di khalayak ramai.Berduaan secara terangan atau di tempat sunyi,ini semua berlaku hasil dari perasaan nafsu.Mereka belajar dari apa yang mereka lihat.Jika yang dilihat itu elok,maka tidak akan mereka lakukan perkara sedemikian tetapi jika yang dilihat itu seperti "video lucah" yang memaparkan berlakunya hubungan zina sudah pasti mengajar mereka bagaimana ingin berzina.Ini juga bermula dari pandangan .Mata terlalu hampir dengan otak dan jika mata melihat seterusnya otak memproses.Tidak hairanlah sukarnya mereka menjaga diri mereka.


Orang melayu sering berkata "jangan menjadi katak dibawah tempurung".Hakikatnya katak dibawah tempurung itulah lebih baik.Katak dibawak tempurung sebenarnya cuba menjaga diri mereka dari dunia luar yang banyak mendatangkan mudarat.Mereka ini kononnya dikatakan jumud sedangkan mereka inilah bijak dalam menjaga imej mereka.Mereka malu dan sentiasa berada di bawah tempurung walaupun gelap menyelubingi tetapi kebaikan yang mereka dapat ialah mereka ini terhindar dari dimakan ular.Berkait rapat juga dengan manusia seperti kita.Bukanlah saya mengajak anda menjadi seperti katak tetapi ambil dari kebaikan yang ada pada perlakuan katak ini yang kita sangka tidak mendatangkan manfaat namun ia sebenarnya begitu baik dalam keadaan dunia sekarang ini.


Kita menjaga diri dengan membentengkan pandangan kita dari dunia luar yang serba mendatangkan mudarat.Tidak lah menolak bulat-bulat akan dunia luar tetapi menjauhi yang mendatangkan mudarat dan ambil kebaikan yang ada pada dunia luar.Sekalipun kita ini intelek atau cendikiawan,kita sewajibnya tahu bahawa tanggungjawab kita menjaga diri dari dunia yang kita sangka senang dan mudah sedangkan dunia itulah sesukar dunia yang kita harus berhati-hati."Jangan disangka katak dibawah tempurung itu jumud dan ketinggalan zaman kerna mereka itu sebenarnya berhati-hati dari ancaman dunia luar yang tidak disangka-sangka."...






Pandangan mata itulah segalanya.Menjaga pandangan bererti anda menjaga diri anda..
Pandanglah Allah buat kamu bertakwa...

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...