Thursday, March 10, 2011

Kompas yang tersembunyi

Kompas?.Apa kaitan kompas dengan diri kita?.


Apabila ditafsir secara halus,sedar atau tidak kompas itu begitu mendalam maksudnya pada diri seseorang itu.Kita ketahui kompas sering digunakan sebagai penunjuk arah ketika kita berada di sesuatu kawasan,di hutan,bandar atau kawasan pergunungan.Kompas ini menjadi salah satu alat yang begitu penting dalam kehidupan seorang pengembara.Bayangkan jika anda berada di dalam hutan seorang diri,tanpa sebarang petunjuk.Ketika itu anda tiada kompas,tiada peta bahkan cahaya bulan dan matahari juga tidak kelihatan.Pastinya anda akan terpaku seorang diri dan hanya menanti ajal menjelma.Tanpa usaha,anda mula putus asa kerna tiada satu peralatan pun dapat membantu anda dalam memandu anda ke jalan pulang.


Inilah lumrah manusia.Fikiran manusia hanya sering terterhad pada pertolongan kebendaan semata-mata.Manusia sering mengharapkan pada sesuatu yang dapat dilihat dari pandangan mata kasar sahaja.Anda melihat air mengalir deras di sungai-sungai,dan pernahkah anda terfikir siapa yang menolak air-air itu agar mengalir deras?.Air sungai mengalir mengikut celahan-celahan batu yang sempit bahkan tidak henti-henti mengalir.Sehingga manusia menjadikan air sebagai sumber asas dalam kehidupan.


"Kompas yang tersembunyi"..Atau dalam erti kata yang lainnya ialah pertunjuk iaitu tempat kita bergantung yang tidak kita dapat lihat dengan mata kasar tetapi akan dapat kita lihat dengan jelas menggunakan mata hati IMAN.Mengapa ketika sesat di dalam hutan?.Ketika itu kita kehilangan segalan peralatan seperti kompas dan membuatkan kita berputus asa dalam meneruskan pemgembaraan itu.Kehendak manusia itu terhad.Pergantungan manusia itu ada hadnya.Kadang-kadang otak tidak akan berfungsi jika tidak dimanfaatkan dengan sempurna.Maka terterbitlah buah fikiran serta tindakan yang langsung tidak membawa kebaikan malahan semakin rosak diri kita ini.


Arah tuju kita dan pergantungan kita tidak sesekali diletakkan di atas sesuatu perkara atau yang bukan hak.Pergantungan kita di dunia ini adalah hanya pada yang mampu membawa kita ke perjalanan yang seterusnya.Dipandang semula kepada apa yang terjadi pada pengembara yang sesat di dalam hutan itu sudah cukup mengambarkan betapa pergantungan kita kepada kebendaan adalah amat merugikan sekali.Seandainya pengembara yang tersesat itu masih ingat bahawa ALLAH itu ada,maka tidak akan dia berputus asa dan sudah pastinya dia akan bergerak dan berusaha mencari jalan keluar walaupun tanpa sebarang peralatan.Ini kerana pergantungan kita ini adalah hanya kepada Allah.Allah yang menjadikan besi,Allah menjadikan magnet dan seterusnya manusia itu menjadikan kompas.


Ganjil dan pelik.Itulah kata-kata yang dapat diungkap dengan pena lidah ini.Pengembara tersesat dan bergantung kepada magnet.Apa ertinya?.Manusia bergantung kepada apa yang diciptakan oleh manusia itu sendiri.Bayangkanlah jika teknologi itu sudah tidak lagi boleh digunakan dan manusia terus menggunakannya.Jawapannya ialah makin hancur lebur manusia itu sendiri.Dan disebabkan itulah prgantungan itu tidak boleh diletakkan kepada kebendaan kerna kebendaan tiu tidak sempurna.Cuma disini Allah itu sahajalah sempurna sifatnya.Terbuktilah bahawa kompas yang tersembunyi itu adalah lebh hebat dari kompas yang nyata.


Allah berfirman (maksudnya):
“Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”.” (Surah al-Mu’min, 40: 60)..


Pergantunga kita pada Allah adalah dengan cara berdoa.Berdoa itu adalah permintaan.Kita meminta agar kita sihat,hidup diberkati dan segala-gala yang baik semuanya terpulang kepada seberapa kuatnya pergantungan kita kepada Allah.Pergantungan itu akan lebih bermakna pabila kita juga mematuhi setiap inci peraturan yang ditetapkan oleh Allah.Semoga amalan kita akan semakin meningkat dan semoga kehidupan kita akan sentiasa diredhai Allah Aza Wajalla.Pengembara yang hebat ialah pengembara yang hanya memikirkan perjalanannya sentiasa diberkati Alah dan pergantungannya sepenuh kepada Allah sahaja.


1 comment:

  1. subhanallah..:'(.
    itz truly make me realize bout my mstakes.
    trime kasih..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...