Tuesday, May 17, 2011

Hebatnya diri kita , kerna kita sesempurna kejadian ..

"Kita ini manusia biasa , banyak kelemahan yang kita lakukan" ..ini kata-kata yang selalu kedengaran setiap kali sesuatu kesalahan itu dilakukan oleh seseorang.Mengatakan diri ini lemah , tiada daya , tidak punya kekuatan , kita manusia biasa merupakan kebiasaan yang terkeluar dari mulut setiap manusia.

Manusia sememangnya lemah jika dibandingkan dengan Allah.Suatu hakikat yang kita kian lupa bahawa Allah telah menyatakan bahawa "manusia itu sebaik-baik kejadian".Ini menandakan bahawa manusia itu sempurna pada asalnya.Tiada istilah "tidak sempurna" dan sebagainya dalam diri manusia.Kita diciptakan dari tanah , dikatakan jijik dan kotor.memang benar kita ini martabatnya rendah jika hendak dibandingkan dengan Allah namun kita dijadikan lebih sempurna dari makhluk lain.Manusia itu ada nafsu , iman , rasa takut , berani , lemah lembut , garang dan berbagai perwatakan yang ternyata berbeza berbanding makhluk lain.

Perumpamaan seperti membuat kek coklat.Kita telah diberi ramuan dan bahan-bahan yang berkualiti yang mana ini berkehendak untuk kita menyediakan suatu pembuatan kek yang bermutu serta kelazatan kek yang enak.Tidak semua kek akan terhasil dengan rasa yang sama jika setiap dari 10 orang yang diarah menyediakan kek itu dengan bahan yang tersedia.Mungkin sebahagian sahaja yang berjaya dalam menghasilkan kek yang enak dan mungkin juga tiada seorang yang berjaya menghasilkan kek yang terbaik walaupun pada asalnya mereka telah disiap sediakan dengan bahan yang bermutu.Itu tidak menjadi jaminan dalam pembuatan kek yang terbaik.

Dari situasi yang terjadi , ternyata bahawa diri kita sendiri yang membentuk diri kita sendiri.Kejadian asal manusia adalah sempurna.Setiap manusia dihembus roh dari tuhan yang sama dan diberi kitab Allah iaitu AL-quran dan sunnah Rasulullah sebagai panduan , jika di lihat berapalah ramai sangat yang mengikuti Allah dan patuh pada ajaran Nabi Muhammad.Semua ini terbentuk atas kesedaran diri dan kesungguhan dalam menjadi yang terbaik.Manusia itu memang sempurna , dikurnia akal untuk berfikir .Bukan semuanya menggunakan akal yang dikurniakan , cuma yang memahami akan mengetahui bagaimana menggunakan akal fikiran ke arah kebaikan.

"Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya) , serta mengilhamkannya untuk mengenal jalan yang membawanya kepada kejahatan , dan yang membawanya kepada ketakwaan" .. ( surah As-Syam : 7-8 ) ...

Allah telah mengilhamkan kita dengan ilham dalam pembahagian dan membezakan antara yang baik dan yang buruk."Tiada istilah kita manusia biasa dan tidak terlepas dari melakukan kesilapan" kerna kita sendiri punyai kekuatan untuk mengubah.Adakah menjadi suatu perkara yang biasa jika kita sering melakukan kesilapan dan kita asyik berkata dengan perkataan "aku manusia biasa , sentiasa melakukan kesilapan" sedangkan diri sendiri tidak berusaha mengubah diri .

"Tidak aku ubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri" , firman Allah yang tegas menyatakan bahawa manusia itu sendiri yang menjadikan diri mereka lemah dan kuat berpandukan amalan mereka serta usaha mereka dalam memperbaiki kehidupan.

Bagi saya , tidaklah saya katakan manusia itu "perfect" dan tidak melakukan dosa tetapi kita ada kekuatan untuk melawan maksiat dan menjauhi dosa.Panduan kita adalah Al-quran dan As-Sunnah .Itu senjata kita dan itu ubat kita dalam menangkis dunia.Manakan mampu tentera muslimin memenangi peperangan dengan orang-orang kafir dan orang-orang musyrikin jika tidak menggunakan senjata yang dua ini kerna kita tahu tiada kekuatan yang mampu melawan mereka selain adanya kekuatan Al-quran dan As-Sunnah.Sama-sama kita renungi dan muhasabah diri kita ,, Wallahualam ,, Wassalam ..

Berbeza ... Robot ini juga ingin berubah ke arah kebaikan agar ia dapat memberi manfaat kepada orang lain..
Anda bila lagi , berikanlah manfaat yang ada dalam diri anda kepada agama kita ..
Dan lakukan perubahan kerna kelemahan bukan sentiasa tetapi kehebatan itu sudah pasti nyata !!!

"Akhi Muhammad Shazni , Menyingkap pintu Firdausi" ...

1 comment:

  1. manusia memang diciptakan sebaik2 kejadian oleh Allah s.w.t...manusia adalah semulia2 pnciptaan..betul x?hehe..kalau slh minta perbetulkn...
    dah follow sini..jom follow sane..
    http://wwwzuemygen91.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...