Thursday, May 12, 2011

Tarbiyah Cinta Dari Allah Episod Pertama...Apa yang anda faham? ..

Kengkangan menjadi manusia yang patuh pada agama dan Allah semakin sukar untuk direalisasikan.Watak sebagai seorang muslim tidak memungkinkan seseorang itu mudah untuk mematuhi agama.Maka lihatlah di akhir zaman nanti akan hancur lebur moral dan akhlak umat islam.Mereka ini bukan dalam kategori lemah , bukan juga dalam kategori sombong bahkan mereka ini adalah orang penting , orang ternama , bijak pandai tetapi hilang pegangan atas dasar-dasar dan kemahuan diri yang berlampiaskan nafsu semata-mata.Manakan tidak,air yang dihidangkan belum sempat diletakkan di atas dulang telah pun di rampas dan diteguk habis-habisan seakan-akan mereka ini haus.Ini adalah perumpamaan bagi yang tidak pernah puas dengan dunia.Pada mereka , dunia andai tidak dikejar dengan cepat dan tangkas mana mungkin kekayaan mampu dikecapi , mana mungkin mampu jadi terkenal jika tidak mengikut pada dunia.Siapa mereka ini? .Bukankah Allah itu menjadikan dunia sebagai landasan yang begitu rapuh untuk kita mengumpul sebanyak-banyak amalan dan ibadat untuk dibawa di hari Hisab nanti.Kekuatan itu bukan terletak pada kuatnya jasad tetapi terletak pada terbitnya cinta buat yang Maha Esa.Ungkapkan sahaja kata-kata yang bersemangat sedangkan hati dan iman begitu rapuh ditelan dunia yang begitu bijak menjadikan manusia itu menjadi lupa segala-galanya.

Kehendak yang menjadikan manusia itu seakan-akan bijak , itulah kehendak nafsu.Memang nampaknya bijak tetapi iman jauh sekali ada pada hati mereka.Kerna suatu nafsu yang membuak, mereka merasa khuatir jika dunia ini tidak dapat dinikmati.Pada yang beriman , tentunya sekali dunia ini adalah amat merbahaya pada mereka jika mereka terus leka dengan kesenangan dan kemodenan yang tersedia sekarang ini.Kehendak manusia memang berbeza.Perbezaan di antara seorang manusia dan seorang manusia adalah amat berbeza.Andai semuanya punyai satu kehendak , tidak akan sempurna kehidupan.Sempurna nya kehidupan ialah tidak lengkaplah kehidupan manusia jika semua nya punyai kehendak yang sama.Namun jika punyai matlamat yang sama , pastinya ia adalah suatu kekuatan yang mampu mengubah dunia ini menjadi suatu refleksi kehidupan yang begitu mengagumkan.

Di sini , kehendak itu adalah lonjakan dari suatu kemahuan yang melampau walaupun mereka ini tidak mampu mengecapinya.Kehendak itu akan menyebabkan manusia itu tidak peduli akan orang lain.Mereka melakukan kerja seorang diri.Pentingkan diri sendiri adalah perwatakan peribadi mereka.Semua atas kesenangan diri sendiri dan bukan untuk kesenangan sejagat.Kehendak itu terjadi kerna mahu sesuatu yang dikatakan mencabar seperti inginkan kekayaan dengan jalan singkat.Maka terjadinya rasuah,gila kuasa,melakukan fitnah berleluasa dan melakukan pengkhianat terhadap sesama manusia atas sebab meletakkan kemahuan diri itu sebagai teras memuaskan nafsu mereka.Tidak akan puas sampai bila-bila.Walaupun perkataan dari mulut mereka ini mengatakan kemahuan mereka itu adalah MATLAMAT mereka , tetapi itu tidaklah boleh diketegorikan sebagai MATLAMAT kerna asalnya matlamat ini adalah berusnsur niat yang murni.

Matlamat itu punyai pembukuan yang punyai isi yang menegakkan kebenaran.Matlamat membawa kesenangan buat umat sejagat.Matlamat untuk direalisasikan dengan hanya berpedomankan Al-Quran dan sunnah.Matlamat konsep yang begitu terulung kerna di saat Nabi Muhammad mahu menegakkan Islam di Mekah , matlamat utamanya ialah meletakkan Al-Quran dan Sunnah itu sebagai perlembagaan pemerintahannya.Inilah yang dinamakan matlamat di mana kebajikan umat sejagat itu terpelihara bersama-sama dengan Al-quran dan As-Sunnah di sisi perintah Allah buat manusia.Nabi Muhammad tidak pernah meletakkan kemahuan pada dasar kerna kemahuan manusia itu tidak akan memberi kebaikan kepada manusia yang lain malahan kemahuan itu lebih menjuruskan kepada memporak-peranda kan sesama manusia.

Jika diambil contoh , seseorang yang ternama itu ingin meneruskan legasi pemerintahan dengan matlamatnya mahu terus memerintah negara.Padahal , kebajikan rakyat itu tidak dijaga,rasuah berleluasa dan memburukkan lagi keadaan negara.Mereka memang pandai bercakap, pandai menyatakan dia di pihak yang benar tetapi matlamatnya itu sebenarnya bukanlah MATLAMAT yang bercirikan islam tetapi lebih kepada kehendak kerana kehendak itulah yang mengajar dia untuk terus menjadi ketua negara dan terus menerus menindas rakyat secara senyap.Rasulullah pernah bersabda bahawa akan ada di akhir zaman , orang yang pandai berkata-kata sedangkan mereka ini memakan makanan yang enak-enak , memakai baju yang mahal-mahal dan pandai menyatakan mereka ini melakukan kebaikan tetapi sebenarnya mereka ini fasiq dan lebih utama terlalu banyak memakan duit haram iaitu rasuah.

Episod Tarbiyah Cinta Dari Allah Episod Pertama ini dengan persoalan "Apa yang anda faham?" akan merungkai seribu persoalan apa yang terjadi dalam masyarakat kita yang selama ini kita tidak sangka dan mungkin kita menyangka tetapi kita tidak pernah mengambil pengajaran dan langkah untuk menanganinya.Dan dalam episod ini , penulis hanya akan menjelaskan maksud kehendak dan matlamat yang begitu berkait rapat dengan apa yang terjadi di zaman sekarang ini.Ia telah terjadi dan sedang terjadi dan sewajibnya kita sebagai umat manusia harus mengetahui hakikat ini.Berjumpa kita pada episod akan datang dengan kupasan selanjut pada episod kedua "Apa yang anda faham?"...Assalamualaikum....

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...