Wednesday, January 19, 2011

Hamba Allah itu kuat !

Bila sakit .. Semua orang mengatakan kita sering memberi alasan .. Sakit yang berlarutan ..Adakah kita yang menjadikan diri kita sakit atau ini qada dan qadar Allah ..Bila sakit,perlukah merasa sakit itu menyusahkan kita?..Tidak sebenarnya..Sakit itulah penawar bagi setiap hamba Allah.Terutama bagi seorang pelajar IPT,sering sakit secara mengejut.Ini semua dugaan dan cubaan pada diri pelajar itu sendiri.Terpaksa untuk tidak hadir ke kelas dan kadang-kadang sering dikutuk oleh kawan-kawan kerana sudah lama tidak kelihatan di kelas.Sedih dan sakit hati,itulah yang sering dirasai oleh setiap pelajar itu sendiri.

Bagi pihak kita,kita terpaksa menanggung kesakitan ini.Setiap hari kita menunjukkan muka kita yang ceria agar tidak diketahui oleh orang ramai akan penyakit yang kita hadapi.Namun balasannya kita dihina diluar sedangkan kita sering menyembunyikan penyakit itu.Bukanlah niat untuk tidak hadir ke kelas tetapi atas sebab penyakit,kita wajib memaksa diri kita untuk beristirehat.Kenapa? dan Apa yang harus kita lakukan?..Dua pertanyaan yang bermain difikiran setiap hamba Allah yang mengidap penyakit yang berlarutan.

"Hari ini kita ketawa dengan nikmat yang kita kecapi tetapi jangan terus tertawa kerana nikmat ini tidak kekal bersama kita,ini semua pinjaman"..Kita sihat,semua orang gembira dan rakan-rakan sering memuji kerajinan kita ketika sihat tetapi ketika sakit ramai juga yang akan menghina kita menyatakan kita malas.Hakikat sebenar hanya kita yang tahu.Hari ini kita ditimpa dugaan,esok kita ditimpa kesakitan dan hari esok kita gembira kerana segala-galanya telah selesai.Yakinkah kita hari yang akan datang kesenangan akan menjengah kita atau kesakitan yang datang kembali?..

Cuba anda perhatikan kehidupan ini.Hari ini anda memang kuat,esok anda lemah kerana dugaan dan Allah datangkan kekuatan dan kesenangan.Allah inginkan kita sentiasa kuat sebenarnya.Hamba Allah itu kuat.Bukan kuat tubuh badan tetapi kuat daya tahan mentalnya.Meredah dugaan tanpa melatah sedikit pun.Itulah hamba Allah.Aku disini terpaksa menerima takdir Allah,Allah memberikan kita kesakitan.Kerana apa?..mungkin juga kerna dosa yang lalu.Aku lemah,sudah lima hari tidak hadir ke kelas.Pasti mengundang pandangan buruk dari para pensyarah dan terutamanya rakan-rakanku yang tidak henti-henti memandang buruk terhadapku.Nasihat ibuku agar aku berehat sehingga sembuh.Memang aku merasa terhina kerana sering diperkatakan sebagai seorang yang pemalas sedang ketidakhadiran aku ke kelas bukanlah kerna sikap malas ku tetapi atas sebab kesihatan.Aku tidak mahu memaksa diri ini kerana akan datangnya mudarat pada tubuh ini.

"ALASAN" itulah yang dikatakan oleh rakanku kepadaku.Bagi kita umat islam dan hamba Allah.Jika benar kita sakit dan tidak mampu menjalani kehidupan seperti sedia kala,janganlah kita rasa lemah dengan semua itu.Allah dekat dengan kita.Kerana Allah tahu kita ini HAMBA tetapi Hamba ALLAH yang sebenar adalah hamba yang kuat.Wahai sahabat-sahabat,jika kalian pernah merasai keperitan hidup seperti aku ini.Percayalah,usah dilayan dunia yang menghina kita tetapi pandanglah Allah kerana pada Allah tempat kita bergantung.Manusia itu sifat memang suka menyalahkan antara satu sama lain.Jadi tidaklah menjadi kehairanan atas apa yang terjadi pada aku ini.Sahabat,KITA HAMBA ALLAH yang kuat.Rindu,kasih dan cintamu kerna Allah,Kamu akan menjadi kuat.Wallahualam...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...